Rumah kena kritik macam kedai tomyam, sekali Datuk Aliff Syukri nekad nak hantar surat saman

Usahawan dan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri berang dengan kenyataan dikeluarkan oleh seorang wanita yang mendakwa rumah mewahnya itu terlihat murah dek susunan perabot dan perhiasan yang digunakan. Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff atau nama sebenarnya Alif Syukri Kamarzaman, 37, meminta agar individu yang dipercayai merupakan pereka dalaman itu agar tidak memetik namanya semata-mata untuk meraih perhatian ramai. Klik sini untuk melihat video.

Jelas Aliff lagi, setiap individu memiliki cita rasa yang berbeza-beza dalam aspek mendekorasi rumah. “Sibuk pula nak komen rumah saya macam kedai tomyam lah, buruk lah. Ini rumah saya, suka hati saya. Awak tak perlu nak sebut-sebut nama saya. Awak nak buat bisnes rekaan dalaman, awak buat. Tapi jangan guna populariti saya untuk naikkan bisnes awak.”

Dalam pada itu, Aliff menegaskan bahawa dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan. “Tunggu surat saman daripada saya ya. Saya malas nak bising-bising pasal awak, awak ni jenis terpaling pereka dalaman tau. Awak rasa rumah awak paling cantik, awak buat rumah paling cantik.” Aliff juga juga mendakwa individu berkenaan tidak mendaftar Malaysian Institute of Interior Designers (MIID) selepas melakukan pencarian di internet.

“Awak tahu tak pereka dalaman saya ni, antara yang terbaik di Malaysia dan pernah dapat anugerah. Rumah saya pun pernah disenarai pendek antara rumah yang memiliki rekaan dalaman tercantik di Malaysia. Awak tak perlu nak kondem rumah saya tak cantik. Saya tak perlukan khidmat nasihat awak dan awak tak perlu sebut nama saya okay.” Terdahulu, seorang wanita yang dipercayai pereka dalaman memuat naik video di TikTok mendakwa rumah Aliff Syukri tidak memiliki rekaan dalaman yang mewah dan elegan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version