Pelakon Ruhainies perjelas video berjubah putih bersama aktor Aliff Aziz serta sekumpulan individu lain di sebuah lapangan terbang. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ruhainies di IG storynya, dia memberitahu video itu diambil ketika mereka menjalani penggambaraan untuk drama terbaharu. Tegas aktres yang berusia 32 tahun itu lagi, krew produksi juga berada di lokasi yang sama dan berpendapat betapa mudahnya manusia bersangka buruk terhadap dirinya.
“Kurang 15 minit video tu dah viral di TikTok, Instagram, Facebook.. Itu menunjukkan betapa teruknya mentaliti kita, penuh dengan benda-benda negatif. Tu video orang berdoa sebelum mula bekerja (shooting). Dunia ni dah terlalu tenat dan penuh dengan fitnah. Terlalu banyak fake news yang mudah media gula-gulakan kepada warganet tanpa unsur periksa demi mengejar views, katanya. Krew di mana-mana, dengan walkie talkie. Semua orang pun tahu kami masing dalam penggambaran drama. Dan dengan mudahnya manusia sekarang dapat dosa kering.”
Sehubungan itu, Ruhainies meminta kepada orang ramai supaya menjaga pertuturan terutamanya dalam bulan Ramadan ini serta menitipkan nasihat agar masing-masing muhasabah diri. “Jaga lidah, jaga lisan. Hari ni Jumaat dalam bulan Ramadan. Muhasabah. Pesanan pada diri sendiri juga. Semoga doa yang baik atau sebaliknya berbalik pada anda juga. Amin,” ujarnya lagi. Sebentar tadi, kecoh di media sosial apabila Ruhainies memuat naik sebuah video bersama aktor Aliff Aziz serta sekumpulan individu lain di lapangan terbang.
Terdahulu, nama Ruhainies dan Aliff Aziz menjadi bualan hangat ramai apabila mereka dilaporkan ditangkap khlwt oleh pihak JAWI di sebuah kondominium mewah di ibu negara. Difahamkan juga, isteri kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah telah memfailkan perpisahan namun, Ruhainies berharap pasangan selebriti tersebut tidak memilih jalan untuk berpisah.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.