SETIAP kali Syawal menjelma, pasti isu giliran balik kampung menjadi antara topik yang hangat dikongsikan di media sosial. Ada isteri yang meluahkan rasa sedih kerana saban tahun terpaksa beraya di rumah mentua, langsung tidak pulang ke kampung halaman sendiri gara-gara tidak mendapat keizinan suami. Inilah situasi yang dihadapi pasangan ini sehingga si suami mendedahkan rumah tangganya hampir berantakan hanya kerana isu balik kampung.
Dalam perkongsiannya, individu tersebut berkata kisah berkenaan berlaku ketika dia dan isteri berada di fasa awal perkahwinan tidak lama dahulu. Tambah lelaki berstatus mualaf itu, dia tidak menyangka ‘rutin’ balik kampung begitu penting buat isterinya, sehinggalah perkara tersebut menjadi punca perselisihan faham antara mereka. “Perasan tak orang Cina kan jarang balik kampung? Ayah saya sendiri pun balik kampung setahun sekali atau dua kali sahaja.
Jadinya, bila masa awal-awal kahwin dulu saya pelik kenapa wife saya selalu nak balik kampung. Even saya mengambil langkah yang drastik hanya benarkan wife saya balik setahun sekali saja. Itu pun hari raya saja. Saya buat begitu bukan sebab nak pisahkan dia daripada family. Cuma pada saya, tak ada keperluan untuk selalu pulang ke kampung. Itu yang ayah saya amalkan dari dulu dan saya terikut-ikutlah,” kongsinya.
Ujar lelaki tersebut, dia terkesima apabila isterinya menyuarakan hasrat untuk berpisah disebabkan tidak dapat menerima ‘peraturan’ balik kampung yang ditetapkannya. “Saya jadi terdiam apabila wife saya terangkan betapa pentingnya ummi walidnya berbanding saya dalam hidupnya. Suami boleh cari ganti tapi ummi walidnya hanya itu saja yang ada dan tiada gantinya. Lagi saya tersentap bila wife cakap, ‘bayangkan Soon Cong (anak) ni kita jaga macam menatang minyak yang penuh, bagi semua kasih sayang dan buat terbaik untuk dia.
Sekali bila dah kahwin, dia tak boleh balik ke kampung selalu sebab wife dia tak bagi? Faham tak perasaan rindu anak tu macam mana?'” kongsinya mengimbas kembali kisah berkenaan. Tersedar daripada kesilapan, lelaki itu berkata dia akhirnya membuat keputusan untuk membenarkan isterinya pulang ke kampung lebih kerap kerana menyedari bahawa hubungan kekeluargaan amat penting bagi sesetengah orang termasuk pasangannya.
“Baru saya nampak wife saya mula ceria dan gembira. Nampak dia lebih fulfilling lepas pulang dari kampung. Malah ibu dan ayah mentua saya juga lebih gembira apabila melihat anaknya pulang selalu. Bila fikir balik, saya buat begitu dulu sebab sejak masuk Islam, saya dah terbiasa berseorangan. Saya sibuk mencari duit untuk survive sampai perasaan sendiri mti. Terlalu pentingkan diri sampai terabai perasaan orang sekeliling bila berkahwin. Perbezaan budaya pun ya juga.
“Patutlah setiap kali musim perayaan mesti highway jammed. Bukan musim perayaan saja, pantang ada cuti umum je mesti jammed! Orang berlumba-lumba pulang ke kampung,” katanya sambil menambah, apa yang berlaku benar-benar memberi pengajaran bermakna untuknya. Perkongsian individu berkenaan meraih sehingga 1.3 juta jumlah tontonan di TikTok.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut tersentuh dengan kisahnya malah ramai yang berkongsi pengalaman masing-masing. “Sebab itu aku tak pernah halang suami aku nak balik rumah mak ayah dia. Itu syurga suami aku. Macam mana aku kerap jumpa mak ayah, begitu juga dengan suami aku. “Teringat arwah ayah pesan dekat adik-beradik yang lelaki. Dia kata kalau wife nak balik jangan halang.
“Ibu dan ayahlah tempat kami para isteri nak recharge. Setiap kali balik, mesti masakkan dan bagi makanan bawa balik,” demikian antara komen warganet. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.