Satu per satu pendedahan dinyatakan oleh penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tentang sikap suaminya Aliff Aziz yang didakwa tak setia 11 kali sepanjang mereka mendirikan rumah tangga. Sejurus selepas tersebarnya dakwaan terhadap Aliff, ibunya Siti Hafiza Basharahil memuat naik pandangannya di Instagram Story (IG). Menurut wanita itu, air mata dan lakonan boleh mengaburi mata manusia.
“Air mata dan lakonan yang hebat boleh menutupi mata manusia akan perbuatan dan siapa kita yang sebenar. Tetapi yakinlah kita pasti akan takut pada bayang-banyang kita sendiri. Wallahualam. #pandanganikhlas” Bagaimanapun, Hafiza tidak menyatakan hantaran tersebut ditujukan kepada siapa. Terdahulu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mendakwa Aliff telah berlaku tak setia sebanyak 11 kali. Lebih teruk lagi, aktor yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, Eriqa Astillah.
Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial. Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.