Pelakon, Azhar Sulaiman jadi tumpuan apabila memberikan pendapat mengenai gerakan boikot barangan Zionis menerusi hantaran di Instagram (IG). Menerusi hantaran tersebut, Azhar yang lebih mesra disapa Behar ini berpendapat artis Malaysia yang lantang bersuara mengenai isu boikot sewajarnya berpindah ke Gaza dan membantu mereka yang sedang berperang di sana.
“Kepada artis-artis Malaysia yang lantang sangat sokong Hamas buat serangan pada 7 Oktober 2023 lalu, sila lah pindah ke Gaza sekarang dan bantu orang di sana.” Tambah pelakon berusia 52 tahun, mereka yang lantang bersuara itu juga tidak perlu melakukan gerakan boikot sekiranya masih berada di Malaysia dalam keadaan gembira. “Jangan sedap mulut ja ‘promote’ dan sokong orang lain pergi berprng. Rakyat Gaza menderita dan korang teruskan hidup dengan gembira.”
Walau bagaimanapun, hantaran tersebut telah pun dipadam selepas menerima kritikan daripada warganet. Namun begitu, rata-rata warganet dilihat masih lagi tinggalkan kritikan terhadap Azhar menerusi ruangan komen di hantaran yang lain. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.