Nak luangkan masa berdua ketika ulangtahun kelahiran, Watie luah rasa terharu dengan permintaan Talita

Watie Hanifiah terharu apabila anak gadis Shuib, Dzahira Talita Zahra, 11 cuma mahu meluangkan masa berdua ketika hari lahir walaupun dia bukanlah ibu kandung kanak-kanak tersebut. Menerusi hantaran yang dibuat Watie, dia telah memuat naik momen ketika memberi kejutan kepada Talita dengan menghadiahkan Ipad kepadanya sempena ulang tahun kelahiran. Ujarnya, walaupun Talita tidak mahukan apa-apa dan hanya ingin mereka ‘dating’ berdua sahaja, Watie agak sukar merealisasikan permintaan mudah tersebut kerana suami dan seorang lagi anaknya, Ariq Matin pasti mahu mengikut mereka. Klik sini untuk lihat video.

“Dari sebulan yg lepas tiap2 hari dia kira & akan remind Mummy brapa hari lagi nk sampai ke birthday dia.. Bila Mummy tanya nak hadiah apa…dia akan cakap nk spend time dating berdua dgn Mummy. Tapi Mummy mane boleh tinggal Daddy & Matin kan,” tulisnya. Jadi, dia telah membuat permainan dengan memberi pilihan kepada Talita hadiah yang akan diberi kepada kanak-kanak berkenaan.

Jelas terlihat anak kedua Shuib dan allahyarham Siti Sarah Raissuddin begitu terharu dengan pemberian ibu tirinya itu sehingga menitiskan air mata. Watie turut berkongsi rangkuman video sewaktu menyambut hari lahir Talita pada 2022 dan 2023 dimana dia belum lagi bergelar isteri kepada Shuib. Perkongsian yang dibuat Watie pastinya menyentuh hati ramai apabila melihat keakraban dan caranya melayan anak-anak Shuib yang begitu ikhlas.

Mereka juga mengucapkan selamat hari lahir buat Talita serta memuji kanak-kanak tersebut yang sangat rendah hati serta mendoakan agar dia mendapat kebahagian di dunia dan juga di akhirat.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version