Penyanyi dan penyampai radio, Asmawi Ani atau lebih mesra disapa sebagai Mawi memberitahu dia dan isteri meletakkan kejujuran sebagai kunci utama kebahagiaan dalam rumah tangga. Hampir 16 tahun hidup bersama, juara musim ketiga Akademi Fantasia (AF3) ini mengakui dia dan Ekin tidak mempunyai apa-apa rahsia.
“Alhamdulillah, Allah beri kasih sayang yang kuat untuk kami. Saya bersyukur usia perkahwinan kami sudah mencecah 16 tahun. Sejujurnya, tiada apa-apa rahsia. Tetapi bagi saya, apa yang penting dalam sesebuah rumah tangga itu adalah kejujuran. Insya-Allah, jika pegang padanya, rumah tangga selamat.” Sebagai isteri, Ekin berkata, dia sentiasa reda setiap kali Mawi tinggalkan rumah untuk keluar mencari nafkah dan berdoa agar Allah mempermudahkan setiap langkah suaminya itu.
Saya percaya kalau berlaku ketidakjujuran, lambat laun Tuhan beri petunjuk. Kami tidak ada rutin periksa telefon bimbit masing-masing. Kami saling percaya. Saya tidak suka kongkong suami atau bertanya dia hendak ke mana setiap kali bergerak.” Berbicara lebih lanjut, Ekin mengakui dia tidak pandai cemburu atau marah sekiranya Mawi hendak berduet atau bekerjasama dengan artis wanita.
“Saya beruntung kerana suami diurus oleh bapa saudaranya sendiri. Mawi tidak memandu dan tiada lesen memandu. Jadi, ke mana-mana sahaja suami pergi, dia ditemani bapa saudara saya. Saya juga tidak pandai cemburu atau marah kalau suami hendak berduet atau bekerjasama dengan artis wanita. Saya tahu dia buat semua itu kerana kerja.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.