Pelakon Fatin Afeefa tak benarkan anak-anaknya untuk menjadi penggiat seni dalam industri hiburan sebaliknya perlu mempelajari al-Quran dengan lebih baik. Selain mendalami kitab suci, Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, mahu melihat anak-anaknya berjaya dalam bidang akademik. “Saya tidak akan benarkan anak-anak saya berlakon atau masuk industri. Anak saya kena belajar, hafal al-Quran,” katanya.
Fatin berkata sedemikian sebagai jawapan untuk soalan pengikutnya berkaitan penglibatan anak-anaknya dalam indusri hiburan. Tegasnya lagi, dia sebagai seorang ibu berhak untuk menentukan masa depan anaknya walaupun kini terima banyak tawaran dalam bidang tersebut. Aktres yang popular menerusi filem Tentang Bulan itu enggan membiarkan anak-anak mengikuti jejak langkahnya sebagai pelakon.
“Tidak kisah apa pun orang nak cakap, tapi anak-anak saya tidak akan jadi pelakon. Anak-anak saya di bawah jagaan saya, jadi saya berhak tentukan. Suka hati sayalah,” jelasnya lagi. Terdahulu, Fatin memberitahu tinggalkan dunia lakonan dan nyanyian kerana mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap keluarga selain memenuhi permintaan suaminya, Aliff Awang. Sekadar info, Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia,
Bagaimanapun, pasangan ini berpisah pada 30 Mei 2017. Fatin kemudian mendirikan rumah tangga bersama Aliff pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.