Sibuk uruskan perniagaan, Alif Teega akui tak tahu Aisyah Hijanah failkan penceraian

Usahawan dan personaliti media sosial, Alif Teega mengaku terkejut dan tidak mengetahui bahawa isterinya, Aisyah Hijanah telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Ogos lalu. Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, menerusi ruangan komen di hantaran Instagram memberitahu dia sibuk menguruskan perniagaan sehingga tidak sedar mengenai perkara tersebut.

“Dapat dari siapa cerita? Alif takda cakap. Aisyah pun takda post apa-apa,” tulisnya. Terdahulu, menerusi ruangan komen, pengguna media sosial naik pelik melihat kemesraan pasangan itu meskipun tersebar berita mengenai perpisahan. Aisyah mengesahkan telah memfailkan pisah terhadap Alif pada Ogos lalu, namun enggan berkongsi lebih lanjut mengenai punca perpisahan. Untuk rekod, Alif dan Aisyah berkahwin pada 25 November 2017 dan mempunyai tiga orang anak. Pada November tahun lalu, Alif mengaku telah berkahwin kali kedua dengan Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat mengandung anak ketiga.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version