Bapa Al Fateh luah rasa syukur akhirnya dapat pindah ke melaka lepas 14 tahun berjauhan dengan isteri

Selepas 14 tahun berjauhan dengan isteri, bapa kepada bayi lapan bulan yang pergi menghadap illahi selepas didra pengasuh, Mejar Ir. Ts. Mohd. Fikry Amri Abdul Halim,39, melahirkan rasa syukur kerana akhirnya dapat dipindahkan ke Melaka. Beliau yang sebelum ini bertugas di Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Kem Perdana, Sungai Besi, Kuala Lumpur memaklumkan pemindahan penempatan tugas tersebut menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Dalam hantaran tersebut, Mohd. Fikry berkata penantiannya selama 14 tahun untuk duduk sebumbung dengan isterinya di Melaka berakhir apabila selesai melakukan urusan menyerah tugas berlangsung hari ini “Setelah sekian lama hidup berjauhan dengan isteri, akhirnya saya dapat hidup sebumbung,” tulisnya.

Tambah beliau, pemergian anak tercinta pada 6 September lalu menjadi asbab untuk dirinya kembali ke Melaka sekali gus berharap agar segala urusan baharunya dipermudahkan. “Semoga dipermudahkan urusan saya di tempat baru. Dapat ‘daddy’ dan ‘mommy’ melawat kubur Al Fateh hari-hari. Insya-Allah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi kata-kata semangat. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan rezeki berlipat ganda. Amin Ya Rabbal Al-amin,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila berita tentang pemergian seorang bayi berusia 8 bulan yang dipercayai akibat lemas selepas dihantar di taska di Taman Kelemak. Difahamkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) taska berkenaan memperlihatkan seorang pengasuh telah menyumbat botol susu ke mulut Al Fateh dan menekup bantal ke wajah bayi berkenaan.

Susulan daripada itu, seorang pengasuh wanita berusia 34 tahun didakwa membunuh bayi lapan bulan Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 dan 40 tahun, dengan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Dalam perkembangan lain pada ketika itu, Kementerian Pertahanan turut mempertimbangkan permohonan Mohd. Fikry berhubung perubahan penempatan tugasnya dari RAJD Kem Perdana, Sungai Besi, Kuala Lumpur ke Kem Sungai Udang, Melaka.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, kementerian prihatin dengan situasi sukar sedang dialami keluarga itu yang memerlukan mereka berada berdekatan memandangkan si suami berkhidmat di Kem Perdana Sungai Besi, manakala si isteri seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Naning.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version