Muat naik video sambut hari lahir dengan lelaki misteri, ramai yang sangka Hidayah Abam dah ada kekasih

Kongsi video bersama lelaki misteri, persoalan sama ada balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey iaitu Hidayah Abam dah ada kekasih berlegar-legar. Menerusi satu hantaran di TikTok, Hidayah atau nama sebenarnya Noor Hidayah Mohd Ali telah memuat naik video dirinya sedang menyambut hari lahirnya bersama seorang jejaka. Pada video tersebut, Hidayah bersama jejaka itu telah makan bersama di sebuah restoran steamboat terkenal dan kedua-duanya duduk bersebelahan antara satu sama lain.

Tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan juga telah membelikan Hidayah sepotong kek dengan tulisan ‘Happy Birthday’ di atasnya beserta tiga lukisan berbentuk hati. Bagaimanapun, Hidayah menutup wajah lelaki tersebut menggunakan emoji, menguatkan lagi dakwaan wanita itu kini sedang menjalin hubungan dengan orang baharu. Klik sini untuk lihat video.

Dalam pada itu, Hidayah juga sempat menyelitkan sekeping foto di video tersebut yang memaparkan beberapa hadiah daripada jejaka berkenaan dengan kapsyen mengucapkan terima kasih bersama emoji berbentuk hati berwarna putih dan emoji melayangkan ciuman. Pada masa yang sama, Hidayah juga telah menggunakan lagu cinta berjudul Terima Kasih Atas Segalanya nyanyian Bitobeyto sebagai latar belakang video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan agar Hidayah diberikan jodoh yang baik dan dirinya bersama anaknya, Hamzah diberikan kebahagiaan.

Sementara itu, menerusi tinjauan, Hidayah masih belum mengesahkan sama ada dirinya kini sudah bertemu orang yang baharu atau tidak.vSekadar info, Hidayah telah berkahwin dengan Abam Bocey pada 8 Disember 2017 dan pasangan ini telah dikurniakan seoran anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey. Bagaimanapun, Abam telah meninggal dunia pada tahun 2020 selepas mengadu sakit selama dua hari di kediamannya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version