Tular di media sosial seorang gadis putus tunang lalu menjual barang hantarannya kerana tidak mahu menyimpan sebarang kenangan yang mengingatkan bekas tunangnya. Menerusi satu hantaran di TikTok, hanieyaliey telah memuat naik beberapa foto memaparkan dirinya dan barang-barang hantaran yang mahu dijual. Menurut wanita tersebut, dia sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada tahun ini namun talian pertunangannya dengan bakal suami hanya mampu bertahan selama enam bulan. Klik sini untuk lihat video.
“Pertunangan kami hanya mampu bertahan enam bulan saja kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Sepatutnya kami berkahwin pada tahun ini,” katanya. Susulan itu, wanita tersebut mengambil keputusan untuk menjual barang hantarannya kerana tidak mahu menyimpan sebarang kenangan bersama bekas tunang.
“Oleh kerana itu, saya telah membuat keputusan untuk menjual barang hantara saya. Keputusan saya untuk tidak menyimpan dan memakainya adalah kerana saya tidak mahu meninggalkan apa-apa kenangan lagi. Harap kalian dapat membantu saya, terima kasih,” ujarnya. Antara barangan yang dijual oleh wanita tersebut adalah jam tangan, minyak wangi, telekung jenama Siti Khadijah, kasut jenama Skeechers dan kasut tumit tinggi yang ditempah khas dari Indonesia.
Wanita itu juga telah menurunkan harga barangan tersebut dari harga asal termasuk menampung bayaran hantaran menerusi pos kepada sesiapa yang mahu membelinya. Dalam pada itu, wanita tersebut menjelaskan bahawa dia dan bekas tunangnya telah membeli barangan hantaran sendiri kerana tidak ada masa untuk membeli bersama. Oleh itu, dia masih menyimpan barang hantaran untuk dirinya sendiri dan kini mahu menjualnya bagi melupakan kenangan lalu.
“Sebenarnya kami ambil keputusan untuk beli barang hantaran sendiri memandangkan kami jauh (pjj),” jelasnya. Menjengah ke ruangan komen, penjualan barang-barang tersebut menerima sambutan hangat kerana ramai warga maya yang bertanya soalan berkaitan barangan itu.
Pada masa yang sama, ramai juga warganet yang meluahkan rasa simpati terhadap wanita tersebut dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan. Apapun kisah di sebalik pertunangan akak ni, semoga urusannya dipermudahkan… Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.