Pandai berdikari sampai dah ada produk sendiri, Abby Abadi puji Marissa Dania

Advertisements
Advertisements

Pelakon Abby Abadi mengakui bangga melihat anaknya, Marissa Dania yang semakin matang dan bijak mengurus kehidupan. Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 47, turut berasa gembira apabila Marissa sudah mula berniaga dan mempunyai produk keluaran miliknya sendiri. “Hebat anak mama, nampak sangat berdikari. Pandai bawa diri tanpa mengharapkan sesiapa. Dari tidak tahu serba-serbi sampai dah ada produk sendiri. Pandai buat ‘live’ dah sekarang. Klik sini untuk lihat video.

Samalah macam mama pun, lambat pandai guna TikTok, sebab rasa segan nak buat ‘live’. Takut rasa syok sendiri. Namun, jalani saja dan kuatkan diri. Kita semua boleh.” Abby berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya. Dalam perkongsian sama, Abby meminta orang ramai supaya mendoakan urusannya sekeluarga dipermudahkan untuk mencari rezeki.

“Semoga ada jalan yang baik untuk kami mencari rezeki. Doakan yang baik-baik ya. Mana yang kurang, harap diberi peluang. Sementara itu, Abby turut memberitahu akan mengeluarkan sebuah produk menjelang Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version