Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, menitipkan kata-kata semangat buat Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menjelang hari penentu prosiding rayuan kes yang dihadapinya di Mahkamah Rayuan Putrajaya pagi ini. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, turut memuat naik foto bersama Syed Saddiq dengan kapsyen ringkas tetapi penuh makna.
Pelantun lagu Tapi Bukan Denganmu ini mendoakan yang terbaik buat bekas Menteri Belia dan Sukan itu. “Doa orang ramai mengiringimu, Syed Saddiq.” Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai, apabila ruangan komen dipenuhi dengan ucapan semangat dan doa daripada warganet yang berharap agar segala urusan Syed Saddiq dipermudahkan.
“Bismillah, InsyaAllah lovebird..Seluruh alam mendoakan.” “Semoga ada berita gembira, semua orang gembira.” “Semoga dipermudahkan urusan YB Syed Saddiq.” “Dari pagi sampai sekarang sebak. Solat terawih tadi memang tak lupa masukkan doa untuk YB. Terima kasih YB bagi kami bahagia, doa kami untuk YB.”
Terdahulu, Syed Saddiq berkongsi satu video di media sosial meminta semua pihak mendoakan kebenaran dan keadilan buat dirinya menjelang hari penentu berhubung dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang berlangsung pada Rabu. Sumber: OhBulan.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.