Anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menganggap tindakannya menghafal surah Ad-Dhuha merupakan perkara biasa yang boleh dilakukan oleh semua orang. Segan menerima pujian warganet, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, memberitahu Ad-Dhuha merupakan salah satu surah kegemarannya. Malah dia juga sudah mengamalkan serta menghafal surah tersebut sejak berusia tujuh tahun. Klik sini untuk lihat video.
“Saya segan sebab itu surah biasa saja, semua orang hafal. Saya mula amalkan sejak ia mula bermain di kepala saya dan sudah mula hafal sejak kecil,” katanya. Cik B berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Program Raya Astro 2025 di One World Hotel, Petaling Jaya baru-baru ini. Berkongsi momen dirinya mengalunkan surah Ad-Dhuha bersama seorang pelayan restoran di Turki, Cik B memberitahu dia disapa secara tiba-tiba oleh lelaki berkenaan.
Malah ketika ditanya mengenai surah yang menjadi amalan, dia segera membaca Ad-Dhuha kerana itu merupakan surah kegemarannya. “Ketika itu saya di restoran sedang makan tiba-tiba pakcik ini datang dan mula mengaji sambil bersembang, dia bertanya surah kegemaran saya. Saya cakap Ad-Dhuha, selepas itu saya baca dan dia ikut sekali. Saya pun tak perasan adik saya rakam momen itu,” kongsinya.
Dalam pada itu, Cik B berkata dia mula mengamalkan Ad-Dhuha selepas mendalami makna tersembunyi di sebalik surah berkenaan. “Saya suka surah ini kerana membawa makna Allah tetap sayang kita walaupun kita ini jahat. Ad-Dhuha ini juga surah yang memberi saya rezeki. Surah ini selalu bermain di kepala saya, bila selalu teringat saya mula amalkan,” ujarnya.
Terdahulu, Cik B mengundang perhatian ramai apabila video merakamkan dirinya membaca surah ad-Dhuha bersama seorang pelayan restoran di Turki tular di media sosial. Disebabkan itu, ramai yang memuji Cik B kerana membaca surah tersebut dengan lancar. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.