Tak rasa kekok bila sambut hari raya dengan bekas suami, Puteri Sarah Liyana kini lebih pentingkan kebahagiaan anak anak

Advertisements
Advertisements

PELAKON Puteri Sarah Liyana tidak berasa kekok apabila menyambut Aidilfitri bersama bekas suami iaitu pengarah Syamsul Yusof baru-baru ini. Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 40, berkata, mereka berdua sepakat melupakan semua sengketa dan mengekalkan hubungan baik demi kebahagiaan anak-anak yang semakin membesar. “Raya bersama semuanya okay sahaja. Kami memang kekalkan hubungan baik demi anak-anak, untuk keharmonian.

Kami memang selalu berhubung dan tidak rasa kekok pun untuk sambut raya bersama,” katanya. Melabel hubungan mereka sebagai rakan baik, bagi pelakon ini persefahaman yang dicapai juga bagi mengelakkan berlaku pergaduhan di antara mereka. Malah Sarah juga mahu anak-anak terus mendapat kasih sayang seorang bapa dan tidak pernah menghalang Syamsul datang berjumpa mereka. “Kami sudah ada persefahaman dan masing-masing menghormatinya. Sekarang ini kami berkawan baik dan elak bergaduh.

Hak penjagaan anak-anak memang dengan saya tetapi Syamsul boleh datang pada bila-bila masa untuk jumpa mereka. Saya mahu mereka luangkan masa bersama supaya ada ikatan yang baik,” ujarnya. Kisah rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul sebelum ini pernah menjadi bualan ramai apabila berlaku pertengkaran termasuk berbalas kenyataan di media sosial.

Enggan lagi perkara tersebut berulang, dia juga melihat langkah terbaik adalah dengan membawa haluan masing-masing. “Saya pernah berada di fasa bergaduh sebelum ini, tetapi sekarang lebih mahukan ketenangan. Tak mahu anak-anak lihat kami asyik bertengkar. Sebelum ini kisah saya jadi viral, sekrang mahu fokus anak-anak dan kerjaya. Perniagaan aya pun semakin berkembang,” jelasnya.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 2014 namun sah berpisah pada 14 Jun 2023. Mereka mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 8, dan Sumayyah, 6 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version