Rupanya dah banyak kali kantoi, tak boleh berdiam bekas suami cikgu tersebut tampil bersuara

Advertisements
Advertisements

KETIKA kisah hubungan terlarang membabitkan guru wanita hangat menjadi bualan, muncul seorang lelaki mendakwa sebagai bekas suami mendedahkan tentang perilaku individu terbabit sebelum kisahnya tular. Mahu dikenali sebagai Muhammad Azraf, dia mendedahkan sudah melafazkan cerai terhadap guru wanita itu pada 24 Februari lalu di Mahkamah Syariah Melaka. Kata Azraf, dia tampil bersuara bagi menjelaskan tentang status terkini hubungan mereka bagi membersihkan namanya apabila dituduh dayus kerana membiarkan wanita itu berlaku curang.

“Saya malu sangat. Saya dan bekas isteri tu kawan sejak kecil. Hari ni hari yang saya tunggu sebab saya bukan suami dia lagi. Saya tak ada niat nak buka aib tapi saya juga perlu beri keterangan daripada pihak saya.  Saya terganggu apabila orang bertanya… saya dayus ke, diam diri je? Yang lain biarlah Allah saja yang tahu,” ujarnya ketika dihubungi pada Isnin. Tambah Azraf, kini dia berasa lebih tenang dan lega apabila memperoleh sijil cerai daripada Pejabat Agama Islam Ayer Keroh, Melaka menandakan berakhirnya satu episod pahit dalam hidupnya.

Untuk rekod Azraf dan guru wanita yang bertugas di Ayer Keroh itu bernikah pada 24 Ogos tahun lalu namun rumah tangga mereka hanya bertahan enam bulan. Ketika itu guru berkenaan berstatus ibu tunggal yang mempunyai seorang cahaya mata. Pada Ahad melaporkan tentang kes curang membabitkan seorang guru wanita dengan lelaki yang bekerja sebagai juruelektrik atau dikenali sebagai ‘abang wiring’. Kes ini mendapat perhatian kerana kedua-duanya dikatakan mempunyai suami dan isteri selain terbongkarnya perbualan berunsur tak senonoh antara mereka.

Bercerita lanjut kepada tentang skandal bekas isterinya itu, Azraf berkata hubungan dengan ‘abang wiring’ bukanlah yang pertama diketahuinya. “Lelaki itu datang rumah untuk pasang L-Box dan buat kerja wiring, bukan pasang CCTV pun. Dari situ mereka mula kenal dan berkawan pada bulan September. Masuk tiga bulan berkahwin, dia dah kantoi (hubungi lelaki lain). Tapi saya masih beri dia peluang. Sebelum kenal ‘abang wiring’ ni pun, dia dah banyak kali kantoi. Tapi saya malas nak peningkan kepala.

Lagi pula bukti mengenai kecurangan dia, ada yang saya masih disimpan dan ada juga sudah dibuang,” ujarnya yang sebelum ini pernah berumah tangga dengan wanita lain dan mempunyai seorang anak. Susulan tularnya kes ini, Azraf mengakui dia turut berhubung dengan bekas suami pertama wanita berkenaan bagi berkongsi rasa. Azraf berharap lelaki itu mampu menerima kenyataan dengan hati terbuka, seperti mana dirinya.

“Saya juga perlukan masa untuk reda. Semoga apabila dia reda, Allah juga reda dengan saya Saya tiada niat nak buka aib. Tapi saya pun ada hak untuk buat penjelasan daripada pihak saya,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version