Suami Heliza Helmi yang juga usahawan terkenal, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, tampil menjelaskan bahawa dirinya bukan dalang skim penipuan pelaburan yang kini menjadi bualan hangat di media sosial. Menurut Mahadi, beliau hanya bertindak sebagai perantara yang memperkenalkan pelabur kepada sebuah syarikat berdasarkan keyakinan terhadap struktur dan dokumentasi yang kelihatan sah ketika itu.
“Saya bukan pengasas, bukan pemilik syarikat dan bukan orang yang mengumpul duit. Saya hanyalah perantara, jambatan yang menyambungkan pelabur kepada syarikat yang saya sendiri percaya pada waktu itu,”katanya, hari ini. Beliau menegaskan bahawa segala urusan pelaburan dilakukan secara terus antara pelabur dan pihak syarikat tanpa melibatkan dirinya dalam sebarang urusan kewangan atau pemegangan wang pelabur.
Lebih mengejutkan, Mahadi mendedahkan dirinya turut mengalami kerugian besar apabila melabur lebih RM20.7 juta dalam dua entiti berkaitan antara tahun 2021 hingga 2023. Katanya, keputusan untuk melabur dibuat selepas diyakinkan dengan taklimat lengkap, surat perjanjian serta pengesahan penasihat syariah yang disediakan oleh pihak syarikat. Walaupun tidak memegang dana, Mahadi mengakui berasa amat bersalah kerana ramai yang menyertai skim tersebut atas kepercayaan terhadap dirinya.
Beliau turut berkongsi rasa sedih apabila menerima aduan daripada mangsa termasuk golongan pesara, ibu tunggal dan individu yang menggunakan wang simpanan terakhir mereka. “Ramai kenal saya dan percaya kepada saya. Saya pula percaya kepada syarikat itu, tapi akhirnya saya pun terkena,” kongsi Mahadi.
Beliau turut memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat dan dirinya kini memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.“Saya jaga nama saya selama ini. Hari ini saya dikecam, dihukum di media sosial. Tapi saya tidak akan lari,” katanya lagi. Menurut Mahadi, dia akan terus berjuang bersama para pelabur untuk mendapatkan keadilan dan berharap lebih ramai mangsa tampil membuat laporan agar perkara ini tidak berulang.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.