Setelah sekian lama menyepi, rupanya Faye Kusairi dah seminggu berniaga nasi ayam di tepi jalan

Pelakon, Faye Kusairi kini memulakan perniagaan juadah Nasi Ayam secara kecil-kecilan di tepi jalan berdekatan klinik Idzham Bukit Antarabangsa. Menerusi perkongsian di Instagram, Faye meluahkan rasa syukur dan gembira apabila jualan Nasi Ayam resepinya sendiri mendapat sambutan ramai meskipun baru seminggu berniaga. “Ayah saya menghabiskan masanya dengan menolong menyiapkan stall nasi ayam dan juga mengemas sementara saya sibuk bersilat kat rumah uruskan hal di rumah dan nasi ayam untuk dijual.

“Secara jujurnya, saya enjoy dengan apa yang kami lakukan ini. Kalau pembeli gembira, kami lagi gembira. Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya sangat bersyukur sudah ada pelanggan yang regular walaupun baru seminggu berniaga. Jadi semakin motivated lah berniaga nasi ayam ni. Semoga Allah melimpah rahmat kepada semua sudi support perniagaan kecil kami ni. Kami buka setiap Isnin hingga Jumaat, 11 pagi – 4.30 petang hingga habis,” tulisnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menitipkan semangat buatnya.

Menerusi hantaran lain di Instagram, Faye berkongsi rakan selebriti, penyanyi Azza Elite turut membeli nasi ayam sebagai tanda sokongan terhadapnya. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.