Masih berhubung walaupun sebelum ni mengaku dah tamatkan hubungan, Sarah Yasmine bongkarkan wasap antara Sophia dan Aliff Aziz

Nampak gayanya masih banyak pendedahan yang akan dilakukan oleh kekasih gelap kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine. Terbaru, Sarah memetik nama pelakon, Sophia Albarakbah yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan Aliff. Menerusi hantaran di Instagram Stories, Sarah mendakwa Sophia masih berhubung dengan Aliff meskipun sebelum ini mengakui sudah menamatkan hubungan mereka. Berdasarkan tangkap layar (screenshot), Sarah mendedahkan perbualan di Instagram (IG) sekitar Mac lalu.

Tangkap layar yang dipercayai daripada telefon bimbit Aliff itu menunjukkan panggilan mesra yang digunakan seperti ‘yang’ (sayang), bubs dan ‘love.’ Terdahulu, pada Isnin Sarah mendedahkan dia sudah menjalin hubungan istimewa bersama Aliff Aziz sejak awal Januari lalu. Kata Sarah, dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungan mereka selepas melihat Aliff teruk dikritik warganet akibat ditangkap berkhlwt bersama seorang aktres iaitu Ruhainies pada Mac lalu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *