Macam kembar yang terpisah, ramai yang teruja bila tengok pelancong dari China bercuti di Pulau Redang muka mirip dengan UAI

Biasa kita tengok ada beberapa orang yang memiliki wajah seiras ataupun pelanduk dua serupa walaupun mereka tidak mempunyai pertalian drh. Kalau tak sama secara keseluruhan, mesti ada beberapa anggota wajah yang mungkin menyebabkan mereka nampak serupa. Satu hantaran video di TikTok telah tular baru-baru ini menampakkan seorang lelaki warganegara China yang dilihat sama seperti salah seorang penceramah terkenal Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus.

Pelancong itu dikatakan sedang bercuti bersama keluarganya di Pulau Redang, Terengganu. “Nampak je sama tapi bukan dia. UAI versi China” – kapsyen video. Klik sini untuk lihat video. Kalau korang tengok betul-betul, bahagian mata, hidung, bentuk muka serta jambang memang mirip dengan Ustaz Azhar Idrus. Bukan itu sahaja, lelaki warga China berkenaan turut memakai kopiah membuatkan dirinya tampil seperti penceramah terkenal itu.

Lebih teruja, ‘kembar seiras’ Ustaz Azhar Idrus itu dipercayai baru selesai melakukan aktiviti snorkeling bersama isterinya di pulau tersebut. Video yang dikongsikan oleh @shamsulzahari90 ternyata mendapat perhatian warganet di TikTok. Mereka mendakwa lelaki tersebut bukan sahaja sama dari segi wajah namun cara dia berjalan juga sama seperti UAI. Selain itu, seorang pengguna TikTok juga bersetuju dengan dakwaan orang ramai kerana sudah melihat pelancong tersebut secara depan-depan.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *