Hotel adalah tempat beristirehat dan bercuti yang digunakan oleh setiap orang. Oleh sebab setiap ruang di bilik akan digunakan oleh setiap tetamu, apatah lagi bagi mereka yang bercuti untuk jangka masa panjang. Kebersihan menjadi hal utama untuk kita beri perhatian ketika menginap di sesebuah hotel. Berikut beberapa benda yang harus anda hindari penggunaanya.
Alat Kawalan Jauh TV dan Penghawa Dingin
Tahukah anda, alat kawalan jauh salah satu benda paling kotor di bilik anda. Pekerja pembersihan bilik kadang kala bergerak cepat ke berbagai ruang dan terlupa untuk membersihkan alat kawalan jauh dan mungkin memiliki jumlah bakteria yang sama dengan tandas anda.
Telefon
Menurut siasatan yang dilakukan pada lima hotel ternama di Amerika, telefon yang ada di bilik hotel berkemungkinan kotor. Para tetamu sering menggunakannya,malah bernafas ke gagang telefon yang boleh menyebarkan bakteria dengan mudah. Kadang-kala petugas hotel terlepas pandang dengan tidak membersihkannya. Jadi anda boleh bersihkan sendiri telefon tersebut sebelum digunakan.
Selimut
Sentiasa periksa selimut dan bantal yang digunakan ketika tidur, kerana hotel yang memiliki pengunjung yang ramai, berkemungkinan ada potensi kuman dan bakteria merebak lebih cepat. Demi menjaga keselamatan, anda mungkin boleh usahakan bawa selimut sendiri, atau periksa dengan cara mengibas selimut agar dapat lihat seranggan atau habuk yang terperangkap.
Peti Ais
Peti ais kecil yang ada dalam bilik, merupakan salah satu benda yang terlepas pandang dalam pemeriksaan oleh pembersih kamar. Bila anda benar-benar ingin minuman sejuk, usahakan membelinya di luar atau menghubungi pekerja yang tersedia di hotel, untuk menghantar terus ke bilik hotel.
Gelas Minuman
Sesetengah tetamu agak bimbang untuk menggunakan gelas di dalam bilik, lebih-lebih lagi yang diletakkan di dalam bilik mandi. Difahamkan ada petugas hotel yang menggunakan tuala yang sama membersih tandas untuk mengelap gelas tersebut. Mungkin ini hanya spekulasi tetapi sebagai tetapi untuk pastikan kebersihan terjamin, bersihkan sendiri dengan sabun pencuci. Namun begitu, jangan disangka semua hotel itu tidak bersih, cuma kita harus lebih teliti dan berhati-hati. Sumber:murai.my
Memang Gah Sekali 7 Hotel Terbaik Di Dunia Ini Menurut Tripadvisor. Ternyata Yang Keempat Paling Memukau Jiwa.
Seronoknya kalau dapat pergi bercuti tahun ini dan menginap di hotel-hotel yang mewah dan menarik, pastinya ia menjanjikan pengalaman menginap yang mengagumkan. Kalau tak ada pendemik memang ramai yang dah seronok berjalan sakan tapi dengan penularan Covid-19 memaksa kita semua terkurung dalam kediaman masing-masing. Meskipun begitu, ini tidak bermakna kamu tidak boleh buat wishlist dan kumpul bajet untuk pergi melancong serta menginap di hotel terbaik dunia.