Mahu penjimatan lebih ketika melancong, Ketahui tips yang mampu buat anda travel luar negara

Umum sudah kita ketahui berita pembukaan semula ‘pintu’ sempadan antarabangsa bagi tujuan pelancongan pastinya mengukir senyuman kepada ramai terutamanya kepada ‘kaki travel’ yang boleh dikatakan lebih 2 tahun tidak keluar negara. Selain aktiviti pelancongan luar negara, pastinya kelonggaran demi kelonggaran serta peralihan ke fasa endemik pada 1 April nanti bakal memeriahkan lagi sektor pelancongan dengan pelbagai pakej percutian dan pengembaraan kini giat dipromosikan. Sebenarnya kan, kalau nak berjimat untuk travel ni, mudah je. Tak payah travel! Confirm jimat. Hehe Ada tipsnya untuk dapat lebih penjimatan, min senaraikan beberapa yang min sendiri amalkan setiap kali nak travel:

Beli tiket dan buat tempahan penginapan awal

Tips ni sebenarnya biasa dah orang bagi, cuma ramai tak ‘amalkan’ sebab ada kalanya walaupun beli awal, tiket penerbangan atau penginapan masih terasa mahal. Dari segi tempoh masa paling ideal, korang buat penempahan selewat-lewatnya tiga minggu sebelum penerbangan menurut Forbes. Selain tu, korang jugak boleh gunakan mana-mana aplikasi untuk ‘perhatikan’ atau kesan penurunan harga tiket atau penginapan. Biasakan untuk bandingkan dulu harga sebelum membuat pembelian.

Kalau keluar negara, tukar duit sesiap diluar lapangan terbang.

Memang biasanya di lapangan terbang akan ada perkhidmatan penukaran wang, tapi percayalah, tukar wang di pengurup wang berlesen di luar dari lapangan terbang akan ‘untung’ sikit kerana diorang boleh tawarkan harga yang lebih tinggi. Kalau diluar negara pun sama, tukarlah dekat pengurup wang berlesen. Sesetengah tempat, akan lebih pandang ‘tinggi’ kepada Dollar Amerika, jadi, korang tukar dahulu ke USD, kemudian baru tukar ke matawang negara yang korang nak pegi tu. Jangan shopping dekat tempat tumpuan pelancongan. Ni lagi satu ‘trick’ yang korang patut tahu kalau nak berjimat dan tak kena ‘sembelih’ masa travel. Biasanya tempat tumpuan pelancong ni akan naikkan sikit harga barangan diorang sebab beberapa faktor, salah satunya adalah tidak akan ada pelanggan berulang. Kedua, sebab pelancong ni kebanyakannya suka masuk, beli dan keluar. Jadi, korang kena pandai cari tempat yang jauh sikit dari tempat tumpuan dan shoppinglah puas-puas dekat sana. Tapi, kalau takde pilihan, cubalah tawar.

Gunakan kad kredit atau debit yang bagi ganjaran

Sekarang ni, ada banyak kad kredit malah ada kad debit yang akan bagi ganjaran tertentu. Ada yang bagi dalam bentuk mata terkumpul, ada juga yang buat macam konsep cabutan bertuah dan macam-macam lagi. Contoh terbaik untuk digunakan semasa travel ni kalau ikut pengalaman adalah BigPay. Sebabnya, boleh digunakan sama ada pembayaran dalam mahupun luar negara dan konsepnya sama dengan kad debit. Pembayaran dengan BigPay kalau diluar negara agak berbaloi sebab dia tawarkan penukaran kadar yang terbaik dan dalam masa yang sama korang boleh dapatkan diskaun kalau beli tiket penerbangan, makanan dan lain-lain.

Tebus ganjaran mata terkumpul

Selain dari penggunaan kad debit dan kredit tadi, korang boleh jugak cari mana-mana aplikasi yang tawarkan mata ganjaran setiap kali korang berbelanja. Paling best, mata terkumpul nanti, korang boleh tebus untuk dapatkan pelbagai tawaran menarik untuk digunakan semasa perjalanan korang tu nanti. Paling berbaloi, kalau korang sambungkan aplikasi SuperApp AirAsia, korang akan dapat 6x mata ganjaran dan mata terkumpul nanti korang boleh tebus di laman web AirAsia di sini. Macam mana nak dapatkan diskaun atau ganjaran yang min sebutkan ni Pertama dapat 1 mata dengan setiap RM10 yang dibelanjakan (untuk pembayaran kad dan pembayaran bil dengan BigPay. Kedua terima 2x bonus mata AirAsia bila buat pembayaran di luar negara menggunakan kad atau pembayaran AirAsia melalui BigPay. Perbelanjaan minimun RM10 dan keatas  Selain dari ganjaran berkaitan travel yang min kongsikan tadi, ada banyak lagi ganjaran-ganjaran lain yang korang boleh tebus. Sumber, lobak merah

Makanan Jadi Mahal Di Kawasan Tumpuan Pelancong. Ini Antara Sebab Mengapa Harga Makanan Mahal Di Kawasan Pelancongan Anda. Kisah ‘siakap viral’ masih menjadi perbualan ramai sehingga hari ini dan bukan nak menyebelahi mana-mana pihak, sebagai seorang yang selalu travel, ada beberapa perkara yang sentiasa perlu diambil kira untuk dimasukkan kedalam kos perjalanan. Salah satu daripadanya adalah kos untuk makanan. Kalau fikir logik, lagi kerap korang makan, lagi banyaklah perbelanjaan yang dikeluarkan, itu belum lagi faktor lokasi atau jenis makanan yang dimakan.

Namun, pengalaman mengembara ke negara-negara lain termasuk destinasi tumpuan pelancong yang ada di Malaysia ni pun, ada satu persamaan yang boleh dikatakan berlaku di hampir kesemua destinasi yang terkenal sebagai lokasi tumpuan pelancong atau kawasan pelancongan iaitu harga barangan dan makanan akan lebih mahal daripada biasa. Kita ambil contoh mudah, harga air mineral di kedai biasa katalah RM2, tetapi kalau kita ke kedai yang ada di dalam taman tema atau dijual di tempat tarikan pelancong, mesti harga akan dinaikkan sedikit, boleh jadi RM3, kadang-kadang ada yang jual sampai RM5! Tapi nak buat macam mana, sebab itu sahaja yang ada, maka terpaksalah jugak beli. Berbalik pada isu harga yang mahal ni, sebenarnya ada beberapa faktor yang menyebabkan harga di tempat tumpuan ni sebegitu, antaranya adalah :

Kadar Sewa Mahal

Umum ketahui, sekiranya kawasan tersebut menjadi tarikan para pelancong pastinya kawasan tersebut akan dikenakan harga sewaan yang tinggi. Menurut perkongsian ini, kadar sewaan kedai atau gerai di kawasan pelancongan merupakan yang paling tinggi berbanding kawasan lain. Jadi, untuk memastikan pulangan wang modal, peniaga-peniaga terpaksa menggandakan harga barangan. Nama pun berniaga, mana ada orang meniaga nak rugi kan. Lokasi sebahagian daripada lokasi atau destinasi pelancongan ni bukan terletak di kawasan bandar, ada yang di atas pergunungan, di pulau dan sebagainya. Jadi, peniaga-peniaga perlu mengeluarkan kos yang lebih untuk pengangkutan selain perlu memenuhi permintaan pelancong yang kesana. Selain lokasi yang kadangkala terletak jauh di pedalaman dan mengambil masa yang lebih lama untuk menerima bekalan, ada antara makanan ini perlu dipastikan tahap kesegarannya jadi dekat sinilah peniaga akan ‘main harga’ untuk memastikan mereka tidak rugi.

Kos

Selain dari dua faktor sebelum ini, kos yang lebih tinggi adalah punca barangan terpaksa dijual lebih mahal daripada biasa. Antara kos yang selalunya kita tak nampak adalah kos operasi, yang mana mungkin tuan kedai terpaksa mengeluarkan lebih banyak modal untuk membayar pekerja, minyak untuk lori penghantaran dan lain-lain. Salah satu contoh mudah, bandingkan sahaja harga keropok di ‘bawah’ berbanding harga keropok yang dijual di kawasan tanah tinggi, Genting Highlands misalnya. Faktor Musim, kalau korang nak tahu, sektor pelancongan pun ada musim tau. Biasanya sering dipanggil sebagai low-season atau peak-season. Biasanya musim ini ditentukan dengan jumlah kedatangan pelancong ke sesetengah kawasan pelancongan tersebut. Kalau dekat negara kita sendiri, korang boleh jumpa dua harga pada hotel, iaitu harga musim puncak atau harga biasa. Biasanya bila tiba waktu puncak ni, kedai-kedai akan tak menang tangan untuk melayan pelanggan, jadi mereka akan mengenakan harga tinggi sesuai dengan permintaan. Bila permintaan berkurang, barulah harga akan diturunkan seperti biasa. Ini perkara biasa dalam dunia perniagaan.

Psikologi Perniagaan ‘Sekali’

Biasanya, model perniagaan yang diterapkan ditempat yang menjadi tumpuan pelancongan ni adalah pembeli ‘sekali’. Dalam erti kata lain, pelancong yang datang tidak mungkin atau berkemungkinan kecil sahaja akan membuat pembelian kali kedua yang biasa dipanggil repeat customer. Jadi bila tidak bergantung kepada pelanggan yang membuat pembelian semula ini, pekedai akan mengambil peluang ini dengan sengaja meletakkan harga yang tinggi selain biasanya pelancong yang tengah seronok bercuti ni, jarang dia nak berkira. Lebih-lebih lagi kalau bab makan. Sebagai kesimpulan dekat sini, korang yang pergi bercuti tu kena pandai semak atau bandingkan dahulu harga semasa dan harga di tempat percutian korang tu. Kalau melampau sangat, boleh je cuba cari tempat yang lebih murah. Tapi, mengikut pengalaman lah kan, kalau satu kedai jual harga itu, seluruh peniaga dalam kawasan yang sama juga akan meletakkan harga yang lebih kurang, tak ada yang akan ‘buang’ harga. Tak percaya? Lepas ni kalau korang pergi bercuti mana-mana, cuba survey harga mana-mana barang.