Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, media sosial menjadi saluran utama untuk pengguna tampil dengan bakat kreatif sehingga mendapat jutaan tanda suka dan tontonan. Malah, ada pencipta kandungan mendakwa mereka memiliki puluhan ribu pengikut dan mendapat kiriman mesej secara peribadi di akaun media sosial sehingga tidak menang tangan untuk memberi respon. Pun begitu, media sosial seperti TikTok, Instagram, YouTube, Twitter dan Facebook antara sebab utama mengapa ramai yang mendaftar untuk menjadi pengguna selain merasai keseronakan, mereka juga boleh menjadi diri sendiri.
Tidak hairanlah, di arus pemodenan ini rata-rata pengguna akaun ada sahaja yang cepat tular, pengikut bertambah, malah mudah dikenali ramai. Bagaimanapun, terdapat beberapa cara untuk mudah dikenali ramai di media sosial selain tampil berfesyen, hal berkaitan kecantikan, kesihatan atau masakan, ia perlu diteliti melalui kaedah asas, termasuklah;
Belajar membuat kandungan antara langkah pertama yang perlu dilakukan jika ingin menjadi stylish.
1. Belajar buat content
Anda boleh bermula membuat kandungan video yang mudah, dengan hanya menggunakan telefon bimbit.. Pada masa ini, terdapat banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk menambah kreativiti dan kandungan unik. Terdapat juga banyak pencipta kandungan yang berkongsi tutorial mudah khas buat newbie. Sudah tentu, sebarang aplikasi yang digunakan memerlukan latihan yang berterusan disamping mengikuti beberapa teknik asal yang perlu dikuasai terlebih dahulu dari segi pengambilan gambar dan video, editing serta jalan cerita atau story telling.
Dalam berkarya, seseorang perlu memberikan komitmen disamping konsisten dalam pelbagai pekerjaan yang dilakukan.
2. Komitmen dan konsisten
Jangan bersedih jika kandungan yang anda buat ternyata gagal. Kegagalan itu sendiri adalah satu proses untuk anda menjadi terkenal. Anda juga perlu konsisten dalam semua bentuk proses pembelajaran, supaya ilmu yang dikuasai mudah dilakukan di masa akan datang. Tidak perlu risau tentang bilangan suka atau tontonan, lebih baik fokus pada penerokaan jenis kandungan yang anda ingini dan kekal kreatif berterusan.
Menampilkan keunikan diri dalam media sosial antara sebab anda mudah dikenali ramai.
3. Ketengahkan keunikan diri
Perkara lain yang diperlukan oleh pencipta kandungan ialah penjenamaan peribadi. Kuatkan ciri-ciri anda sendiri dengan meneroka minat terlebih dahulu, kemudian kembangkan ia sebagai bahan kandungan utama.Anda juga boleh mendapatkan rujukan tambahan daripada pencipta lain, membaca buku dan melayari internet untuk memudahkan lagi anda berkarya. Bagaimanapun, anda perlu mengambil kira dari segi cara anda mengetengahkan diri dalam media sosial. Jangan sering mengubah perwatakan sehingga pengikut menjadi keliru.
Tampil memakai topeng mask antara keunikan diri seseorang hingga pengikut sentiasa tertanya-tanya akan dirinya.
4. Tampil misteri di media sosial
Antara sebab mengapa perlu tampil misteri di media sosial selain faktor peribadi, ada juga yang mendakwa supaya orang ramai tertanya-tanya mengenai diri anda yang sebenar. Pun begitu, menjadi seorang yang misteri seperti sentiasa tampil mengenakan pemakaian topeng muka juga adalah unik, kerana mudah untuk mendapatkan pengikut yang ramai. Namun, jika anda sudah berada di spotlight, elakkan mengambil kesempatan terhadap pengikut untuk membuat kesalahan seperti mengaburi mereka dengan kata-kata manis dan meminta wang, menculik dan kegiatan jenayah yang lain.
Kebiasaannya seseorang memerlukan kamera sebagai alat persediaan jika berlaku kerosakan pada telefon bimbit.
5. Dapatkan kamera dan mula buat content
Ramai orang berasa gagal sebelum mereka bermula, sedangkan dalam dunia penciptaan gambar dan video itu setiap daripada mereka yang berjaya pernah bermula dari bawah. Jika ingin dikenali, anda harus berani tampil dan menguji diri melalui asas minat masing-masing. Jauhkan fikiran negatif dan jangan takut untuk mencuba.Selain itu, buka minda supaya dapat menerima kritikan yang membina dengan baik. Seperti meminta maklum balas daripada rakan rapat mengenai kandungan yang anda buat dan minta mereka berkongsinya di akaun media sosial peribadinya selain mendapat pengikut yang ramai. Sumber: mstar
Tak Kisah Masih Keseorangan. Ketahui 4 Tanda Anda Mungkin Termasuk Golongan Takut Komitmen.
Ada yang lebih rela hidup bersendirian kerana takut terhadap komitmen dalam hubungan. Mencari pasangan bukan hanya untuk mengisi kekosongan diri dan mengharap cinta tetapi mengajar diri kita untuk menerima kelebihan dan kekurangan seseorang dengan ikhlas. Pendek kata, menjalin hubungan dengan seseorang memerlukan komitmen tinggi apatah lagi sekiranya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Akan tetapi, ada juga yang memilih untuk menjalani hidup sendirian berbanding berkomitmen dengan seseorang. Mengapa golongan ini takut untuk berpasangan?Empat sebab berikut mungkin jawapannya:
1. Sabotaj hubungan sendiri
Jika anda selalu mencari masalah ketika sesebuah hubungan itu sedang berjalan dengan baik, ada kemungkinan anda sedang mensabotaj percintaan sendiri. Perkara ini biasanya berlaku disebabkan anda takut untuk memberi komitmen terhadap pasangan. Anda akan selalu berasa tidak selesa apabila bersama si dia dan sentiasa mencari alasan bertengkar dengan harapan hubungan itu akan berakhir.
2. Tiada alasan jelas takut komitmen
Seseorang itu mungkin tidak ingin berkahwin kerana dua alasan berbeza. Salah satunya adalah kerana tidak percaya kepada perkahwinan dan mungkin fobia untuk memberi komitmen. Alasan kedua itu mungkin dirasakan kerana faktor sekeliling seperti melihat perpecahan keluarga sendiri atau orang di sekelilingnya. Tetapi anda juga mungkin tidak tahu alasan disebalik enggan berkahwin apabila ditanya kerana merasakan tiada alasan tertentu mengapa anda berbuat demikian.
3. Tipu perasaan sendiri
Golongan seperti ini biasanya takut apabila perasaan dan diri mereka yang sebenar diketahui orang lain. Atas sebab itu juga anda enggan menjalinkan sebarang hubungan atau mempunyai komitmen dengan si dia. Anda bimbang semua perkara tentang diri anda terbongkar. Kebiasaannya golongan ini mahu merasai kebahagiaan tetapi kerana perlu menipu perasaan sendiri, jadi terpaksa telan semuanya sendiri.
4. Menolak kerana alasan tak munasabah
Ketika menyukai seseorang, anda menolaknya kerana alasan tidak munasabah misalnya kerana rupa paras atau imejnya yang tidak kena di mata anda. Pokoknya, anda akan mencari alasan mengarut untuk menolak seseorang yang hadir dalam hidup anda dan ia mungkin tanda anda takut komitmen.