Siapa tak kenali akan bintang popular Malaysia Fazura. Kalini artis anggun lagi menawan ini dedahkan bahawa dia mahukan badan yang ideal masa kini. Fazura tidak menafikan proses mendapatkan berat badan ideal bagi dirinya bukan satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi selepas bersalinkan anak sulung lebih setahun lalu. Menurut Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, berat badannya pernah mencecah sehingga 76 kilogram (kg) ketika mengandungkan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya. Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu bagaimanapun mengamalkan rutin sihat demi memiliki tubuh sihat. “Saya berusaha (menguruskan badan). Antara lain mungkin sebab sibuk kadang terlupa makan. Ada ketikanya saya bersenam cuma tidaklah macam dulu.
Sebelum ini dalam seminggu dapat tiga kali bersenam. Sekarang satu atau dua minggu dapat buat sekali sahaja. “Sudah tentu saya amalkan produk dari TruDolly juga. Cuma bila ada peluang untuk ‘workout’ dalam sejam dua tu, saya akan betul-betul fokus. Selebihnya saya elakkan ambil menu berat selepas jam 6 petang,” katanya. Isteri pelakon Fattah Amin itu berkongsi ketika ditemui di Baraqah Jumaat bersempena pelancaran koleksi telekung Fazura X Muhayya, di Sunway Damansara, baru-baru ini. Jelasnya lagi, dia sebelum ini menerima banyak pandangan mengenai soal pemakanan demi anak yang dikandung. “Pada sebelah pagi, saya minum air kosong dan lemon bersama oat, kemudian tengah hari saya akan ambil hidangan berat seperti nasi dan sebagainya. Makan malam jam 6 petang dan sekiranya lapar akan makan buah sajalah. “Ketika hamil, saya mendengar nasihat orang luar yang minta saya makan apa sahaja demi mendapatkan bayi comel dan gebu.
Minum pula Milo Ais Tabur boleh dikatakan setiap hari. “Kata mereka makan saja, nanti lepas bersalin mesti cepat kurus. Ketika hamil, berat badan saya sekitar 76kg. Bila bersalin berat badan turun ke 65kg dan sekarang 54kg. Wanita bila bersalin perubahan berat badan itu akan berbeza-beza,” katanya lagi. Terdahulu, Fazura teruja dan bersyukur atas kerjasama bersama Profesor Datuk Dr Che Muhaya Mohamad. “Alhamdullillah, syukur kerana termakbulnya hasrat saya untuk berkolaborasi bersama insan yang dikasihi, Bonda Muhaya untuk koleksi telekung bersama jenama beliau, Muhayya Magical. “Koleksi Fazura x Muhayya ini menampilkan dua koleksi, Rindu Ramadan dan Sayang Syawal yang terdiri dari pelbagai warna menarik sempena Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang ,” katanya. Koleksi Rindu Ramadan boleh dimiliki mulai 25 Mac sementara bagi yang berminat dengan Sayang Syawal, ia dijual mulai 8 April depan. Sumber, media hiburan.
Fazura tidak berkata lebih, hormat keputusan Fattah. Aktres jelita, Nur Fazura mengakui suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin pernah meluahkan hasrat untuk mengurangkan babak bersentuhan dalam drama atau filem. Fazura berkata, sebagai isteri yang turut berada dalam lapangan kerjaya sama dia memahami tuntutan kerja yang dilakukan suaminya itu.”Isu bersentuhan dengan pelakon wanita dalam drama sebenarnya Fattah memang ada beritahu saya sebelum ini yang dia nak kurangkan babak seperti itu. Secara peribadi, saya okey sebab saya pun seorang pelakon dan faham kerjanya. “Bila dia keluar rumah, saya dah tak ambil tahu apa dia nak buat di set penggambaran. Ini kerana, saya tahu dia cari rezeki buat kami dan apabila dia pulang ke rumah dia adalah suami saya. Beginilah cara kami faham antara satu sama lain,”katanya kepada program Melodi yang bersiaran secara langsung di TV3, hari ini.
Menurut Fazura, dia tidak meletakkan sebarang syarat kepada suaminya untuk melakukan sesuatu adegan sebaliknya, dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Fattah untuk membuat keputusan terbaik. “Tiada apa-apa syarat pun. Saya memang serahkan kepada dia untuk buat keputusan. Tapi, tipulah kalau kata okey saja nak buat apa-apa.”Sebagai contoh, kalau tahu ada babak atas katil rasanya babak itu tak perlu dibuat pun. Bagi saya, selagi sesuatu babak itu tidak keterlaluan, saya okey saja,” katanya. Sumber, harian metro.
Fazura kagum, Ada yang belajar tutup aurat kerana tudungnya. Aura dan kecantikan semula jadi wanita elegan dengan nama pentas Nur Fazura ini sama seperti dahulu. Peralihan imejnya menyempurnakan tuntutan seorang Muslimah, sedikit pun tidak menghalang aktres yang juga penyanyi itu ‘hilang bisa’ daripada terus bergaya. Pesona yang dimiliki pemilik nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin itu tetap ‘berbisa’, malah boleh dikatakan semakin anggun sejak bergelar isteri dan juga ibu kepada seorang cahaya mata perempuan. Tidak hairanlah jika Fazura atau mesra disapa Faz sering diangkat sebagai salah seorang selebriti paling bergaya di Malaysia oleh kebanyakan majalah hiburan dan fesyen. Perjalanan kerjaya seninya juga cukup bagus. Keberadaannya menghiasi kanvas dunia seni hiburan tempatan bukan baru ‘setahun jagung’. Bermula sebagai pengacara dalam rancangan Teens World sebelum beralih ke bidang lakonan ketika berusia 21 tahun menerusi filem sulung pertamanya, Bicara Hati pada 2004.
Hari ini, Fazura bukan sahaja dikenali sebagai pelakon dan juga penyanyi, namun isteri kepada pelakon Fattah Amin ini melangkah setapak lagi ke hadapan dengan bergelar usahawan tudung bawah jenama Tudung Fazura. Sejak berhijab penuh sekitar Julai tahun lalu, Fazura mengakui sehingga kini dia sentiasa istiqamah untuk terus kekal dengan imej sebegitu. “Sampai sekarang saya masih lagi istiqamah untuk kekal berhijab. Sebelum ini ramai yang bercakap saya hanya bertudung ketika bulan puasa. Tetapi saya tidak boleh berkata apa-apa sebab ketika itu saya masih belum bersedia sepenuhnya. “Jika saya tekad untuk terus bertudung ketika itu biarlah kerana Allah SWT dan bukan kerana mulut-mulut manusia,” katanya. Paling menyentuh jiwanya, Fazura sangat bersyukur kerana perniagaan tudung yang dijalankan sedikit sebanyak membuka hati segelintir kaum wanita untuk mula belajar menutup aurat.
Alhamdulillah, melalui Tudung Fazura, ada yang berkongsi kisah rakan-rakan mereka yang sebelum ini tidak berhijab terus ingin menutup aurat selepas memakai Tudung Fazura. “Saya sangat bersyukur ada peminat terbuka hati untuk berhijab selepas memakai tudung saya. “Seronok sebenarnya bertudung. Rasa tidak mahu tanggal (buka tudung),” kongsi Fazura. Perkataan bersyukur tidak henti-henti terlafaz dari bibirnya. Dia bersyukur bukan sahaja dapat membuka pintu hati para wanita untuk berhijab, bahkan perniagaan yang diusahakan turut membantu orang lain, khususnya stokis dan ejen menjana pendapatan selepas terkesan teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kata Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 itu, ramai stokis dan ejen yang bernaung bawahnya sebelum ini hidup melarat ketika PKP akibat hilang punca pendapatan.
Katanya lagi, ada yang hilang punca pendapatan sehingga tiada duit. Nak makan KFC (Kentucky Fried Chicken) pun kena fikir mana nak cari duit. “Malah, ada antara stokis saya pernah mengisi minyak kenderaan dengan menggunakan not RM1 sahaja. “Kebanyakan stokis dan ejen saya yang digelar ‘besties’ ialah golongan suri rumah yang ingin membantu suami menjana pendapatan. “Sedih sebenarnya mendengarkan kisah mereka. Tapi alhamdulillah, rezeki mereka sudah pun ditetapkan. “Saya bersyukur kerana terpilih untuk menyampaikan (berkongsi) rezeki dengan mereka,” jelasnya. Menyentuh tentang perkembangan kerjaya seninya, Fazura mengakui buat masa ini lebih fokus terhadap perniagaan. Namun, jauh di sudut hati, selebriti kelahiran Pahang itu ternyata merindukan peluang beraksi di hadapan kamera jika ada naskhah yang bersesuaian.
Sekarang ini banyak beri fokus pada perniagaan. Adalah berlakon sikit-sikit itu pun untuk kempen,” kata ibu kepada Nur Fatima Aisya itu. Tentang kerjaya nyanyian pula, Fazura sebenarnya dalam proses menyiapkan album yang tergendala. Katanya, terdapat beberapa buah lagu yang belum dilancarkan. Malah, pelantun lagu Sayangi Dirimu itu juga sedang menunggu sebuah lagu baharu daripada seorang komposer dari Indonesia. “Harap-harap lagu dapat dikeluarkan pada penghujung tahun ini. Rindu nak jumpa semua peminat termasuk di Indonesia. “Tahun 2022, saya akan kembali rancak. Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar dan sempurna,” katanya. Sumber, kosmo.