Nenek ada kerlas, kalini Didie Alias terpilih menjadi duta produk kecantikan AISEL

Siapa tak kenal dengan pelakon popular yang diberi gelaran lady gaga Malaysia ini. Baru baru ini Didie Alias terpilih untuk menjadi duta AISEL. Pemilihan Didie adalah kerana karakter dan penampilan diri selebriti itu yang tersendiri serta bersifat ikonik. Selebriti verstail, Didie Alias telah membuktikan dirinya terus relevan dan meniti populariti menerusi pelbagai pencapaian. Memang tak disangka menjadi duta AISEL. Pelakon yang berusia 50 tahun ini telah dipilih menjadi duta produk kecantikan dan gaya hidup AISEL. Menurut pengasasnya, Madam Aisel pemilihan Didie adalah kerana karakter dan penampilan diri selebriti itu yang tersendiri serta bersifat ikonik. Katanya lagi, “Perlantikan Didie sebagai duta AISEL ialah paling tepat mewakili produk ini. Bila tengok Mami orang boleh tahu produk saya kuat seperti personaliti Mami sendiri.

Selain itu, Didie bersuara “Saya berharap, produk keluaran Aisel boleh membantu semua kekal cantik dan aktif walaupun sedang meningkat usia,” katanya. Memang Rezeki Didie betul, bagi Didie atau lebih mesra disapa Mami, semua yang diterimanya adalah rezeki hasil kerja keras dalam persada dunia seni sejak lebih tiga dekad. Malah, nenek muda ini juga tidak menolak ia merupakan rezeki anak dan cucunya. “Alhamdulillah dengan kepercayaan yang diberikan dan rezeki tidak putus dari Allah. Bagi Mami setiap usaha ada ganjarannya. “Macam produk ini, Mami sendiri ambil tahu dan cuba lebih tiga bulan sebelum bersetuju untuk menjadi duta. Malah memang gunakannya secara praktikal,” katanya.

Bercakap mengenai mandat yang diberi, Didie berkata akan menjadi wakil dan mempromosikan produk itu dalam kalangan orang industri, keluarga, peminat dan semua peringkat umur sebaik mungkin. “Kami juga akan adakan siri jelajah serta CSR sepanjang kerjasama dalam tempoh enam bulan,” katanya. Untuk info, ketika ini dua produk penjagaan wajah yang menjadi tarikan di AISEL iaitu Premium Bright -Up Ampoule dan juga AISEL Dual Beauty Balm. AISEL diambil daripada perkataan dalam Bahasa Azerbaijan yang membawa maksud pantulan cahaya bulan di permukaan air. Produk keluaran AISEL diperbuat sepenuhnya dari bahan semula jadi, seperti ekstrak tumbuh-tumbuhan hijau sepertiteh hijau, pegaga, biji bunga teratai, kulit beras, dan shea butter. Sumber, murai.my