Umum lagi memang sudah kita ketahui, ketupat adalah antara makanan yang wajib dihidangkan ketika Aidilfitri. Setiap kali tibanya Aidilfitri, perkara yang paling dinanti-nantikan adalah juadah yang dihidangkan pada pagi 1 Syawal seperti lemang, rendang ayam, kuah kacang dan nasi impit, lontong, laksa, soto ayam dan serunding. Ketupat juga tidak ketinggalan disediakan setiap kali hari raya. Ia barangkali juadah paling fleksibel kerana boleh dimakan bersama pelbagai menu lain dan rasanya yang enak dan harum. Setiap rumah yang dikunjungi pada hari raya pasti akan ada ketupat dihidangkan di atas meja.
Ketupat yang dianyam dalam daun kelapa atau daun palas mempunyai aroma dan rasa lebih enak.
Makan ketupat memang sedap tetapi pernahkah anda terfikir tentang asal usul wujudnya makanan itu? Ia juadah ringkas yang merupakan beras yang di isi dalam anyaman daun palas berbentuk berlian sebelum direbus. Penyediaan ketupat memang mengambil masa lebih lama kerana ia perlu direbus selama lima jam sebelum boleh dihidangkan. Ketupat biasanya dinikmati bersama rendang daging atau ayam selain serunding malah ada sesetengah orang menikmati kesedapan ketupat ini bersama susu pekat. Terdapat pelbagai jenis ketupat dan ketupat nasi adalah paling biasa di Malaysia selain ketupat pulut atau ketupat palas yang menggunakan beras pulut dan dibalut bersama daun palas yang dibentuk seperti berlian. Sebenarnya, ketupat berasal dari Indonesia dan diperkenalkan kepada penduduk di Tanah Melayu oleh ahli teologi yang terkenal di Jawa Tengah iaitu Sunnan Kaliga.
Ketupat palas biasanya menggunakan beras pulut
Pelbagai naratif dalam keaslian daripada perkataan ketupat namun ia adalah penekanan frasa Jawa yang bermaksud ngaku lepas atau kupat. ‘Ku’ bermaksud mengaku dan ‘pat’ atau ‘lepat’ bermaksud kesalahan dalam bahasa itu. Simbolik penyediaan ketupat daripada proses penganyaman mengajak orang ramai untuk peduli tentang kesalahan dan kesilapan dilakukan manakala nasi putih pula menggambarkan hati yang suci dan kebebasan daripada dosa. Hari ini, ketupat bukan sahaja dinikmati di Indonesia tetapi Malaysia, Singapura, Brunei malah cukup terkenal sebagai juadah ikonik setiap kali tibanya Aidilfitri. Sumber, mstar