Umum lagi memang kita ketahui dengan pengacara ini. Pengacara popular Datuk Aznil Nawawi tampil menghulurkan sumbangan kepada 500 orang rider e-hailing bagi menyemarakkan kedatangan bulan Syawal tidak lama lagi. Menerusi projek istimewa Bingkisan Raya Rider hasil inisiatif murni syarikat bumiputera Eskayvie Sdn. Bhd. bersama Pak Nil itu, ia merupakan tanda penghargaan kepada golongan berkenaan yang melakukan tugas penghantaran sebagai penghantar makanan ataupun bungkusan. Kata Pak Nil yang juga duta kepada Eskayvie, penunggang motosikal yang menyediakan khidmat penghantaran makanan atau e-hailing juga sebahagian daripada wira dan pekerja barisan hadapan yang perlu disanjungi.
Katanya”Melihat kesungguhan dan kegigihan riders dalam usaha menyara keluarga disamping pentingnya penjagaan kesihatan sewaktu berinteraksi dengan orang ramai, Eskayvie mengambil inisiatif ini untuk sama-sama memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada mereka. “Ini antara sumbangan kecil kami di Eskayvie. Ia termasuklah menyampaikan sumbangan berbentuk duit raya, juadah raya istimewa serta Eskayvie Diffenz.”Besar harapan kami supaya setiap ‘riders’ dapat bawa pulang dan kongsikan bersama ahli keluarga atau ibu bapa masing-masing,” kata Aznil yang turut teruja melihat kemeriahan ibu pejabat Eskayvie di Shah Alam yang diserbu oleh rider seawal 11 pagi Jumaat.Inisiatif dilaksanakan selari dengan kempen #KitaIkhtiarSebelumKena yang menekankan kepentingan untuk berikhtiar sebelum dijangkiti sebarang wabak mahupun penyakit merbahaya yang lain.
Tambah Aznil lagi, riders menjadi sebahagian daripada pihak yang telah banyak membantu memudahkan urusan selama ini.”Bahkan mereka juga antara yang mengambil risiko mempertaruh nyawa demi kelangsungan hidup. Mereka sendiri mudah terdedah kepada pelbagai virus di luar sana.”Jadi, bekalan Eskayvie Diffenz ini adalah sebagai Ikhtiar kita untuk melindungi diri dan keluarga terutamanya ketika berkumpul beramai-ramai pada hari raya nanti.”Eskayvie sangat prihatin dengan penjagaan kesihatan untuk diri dan keluarga, lebih-lebih lagi buat masa ni semua sekatan pergerakan telah dilonggarkan dan masyarakat kini kembali bergaul tanpa sebarang pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.”Namun, kita belum sepenuhnya selamat.
Apa saja kemungkinan boleh terjadi. Jadi tatkala balik kampung, kita perlu patuhi SOP dan berikan perlindungan kepada ibu bapa kita.”Sudah dua tahun kita tak balik meraikan hari raya bersama keluarga, jadi tahun ini bila pulang ke kampung, kita nak riders semua bawa Eskayvie Diffenz dan hadiahkan kepada ibu bapa dan insan tersayang mereka,” katanya.Sementara itu, Pengarah Urusan jenama itu, Kartika Wati Mohamed berkata, beliau tidak mahu ada di antara kita yang dalam diam membawa virus dan menjangkiti ahli keluarga yang lain. “Terutama sekali ibu bapa kita yang sudah tua.
Semestinya kita mahu jadikan raya kali ini lebih bermakna dan bukanlah bertukar menjadi sebuah tragedi.”Semoga usaha murni ini akan memberi manfaat serta inspirasi kepada masyarakat sekeliling untuk turut sama berkongsi kebaikan dan terus meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan,” kata Kartika Wati yang turut sama mengagihkan sumbangan bersama Aznil. Sumber, Gempak