Buah lemon terdapat pelbagai kegunaan untuk membersihkan alatan di dalam rumah. Buah lemon biasanya dijadikan sebagai minuman detoks atau penambah perasa pada masakan tetapi sebenarnya lemon juga boleh digunakan untuk membersihkan pelbagai benda di rumah. Bagi yang tidak tahu, lemon juga sudah lama digunakan untuk menghilangkan kotoran degil ketika mencuci terutamanya di bahagian dapur. Tidak hanya itu, lemon dapat memberikan aroma segar selepas mencuci kerana baunya yang kuat dah harum. Berikut merupakan enam benda di dalam rumah yang boleh dibersihkan menggunakan lemon.
Matikan bakteria pada papan pemotong
Papan pemotong adalah benda yang sering digunakan untuk memotong sayur, menyiang ikan dan sebagainya. Jangan tak tahu, pada permukaannya terdapat banyak bakteria tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Bagi memastikan ia benar-benar bersih, potong setengah biji lemon dan tabur garam kasar di atas papan pemotong. Kemudian gosok lemon bersama garam sehingga benar-benar bersih dan biarkan selama 15 minit bagi membolehkan air perahan lemon menyerap dengan baik sebelum membilasnya dengan air bersih. Hilangkan bau busuk peti sejuk, bahagian dalam peti sejuk mudah berbau jika terdapat bahan makanan yang disimpan terlalu lama dan sudah basi. Untuk mencegah bau busuk, potong lemon menjadi dua bahagian dan letakkan di dalam peti ais anda. Biarkan selama 30 minit dan rasakan perbezaannya. Lemon akan menyerap semua bau busuk tersebut.
Membersihkan ketuhar gelombang mikro
Ramai yang mengabaikan kebersihan ketuhar gelombang mikro mereka meskipun tidak sukar mencucinya. Caranya mudah, potong lemon kepada dua bahagian, letakkan di dalam bekas berisi air dan panaskan dua bahan itu di dalam microwave selama dua minit. Ia akan menghilangkan bau busuk alatan tersebut dan memudahkan bahagian dalam dicuci dengan hanya menggunakan kain bersih. Tanggalkan kotoran bilik air, bilik air adalah bahagian paling mudah kotor di rumah kerana ia sentiasa lembab dan memudahkan bakteria dan kulit tumbuh pada jubin. Jangan gusar, campurkan dua bahagian minyak zaitun dengan satu bahagian jus lemon dan masukkan kedua-dua bahan itu ke dalam botol penyembur. Sebelum menyental dinding bilik air, sembur bahan itu tadi ke dinding dan biarkan selama lima minit sebelum menyentalnya seperti biasa.
Akhir sekali hilangkan daki kepala paip, jika anda perhatikan, kepala paip biasanya akan mempunyai kesan putih seperti kapur dan susah ditanggalkan meskipun proses itu berulang kali dilakukan. Dengan menggunakan lemon ia dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan menggosok bahagian itu dengan lemon yang dibelah dua dan biarkan selama 10 minit sebelum dibersihkan dengan air biasa. Sumber, lobak merah