Selalu stress bibir kering time puasa, Ketahui cara elak bibir kering ini

Tahukah anda bibir kering boleh dicegah dan mengekalkan kelembapannya tatkala berpuasa. Sewaktu menjalani ibadah puasa, tubuh badan kita akan berasa kering oleh kerana kekurangan air. Kesannya akan mempengaruhi pada penampilan bibir yang kering dan pecah- pecah. Jangan risau! Bibir kering boleh dicegah dan mengekalkan kelembapannya tatkala berpuasa dengan beberapa cara ini.

Elakkan menjilat bibir

Menjilat bibir membuatkan kita berasa lebih selesa. Namun, ia boleh menyebabkan bibir kekeringan dari sebelumnya. Hal ini terjadi disebabkan hilangnya minyak yang dihasilkan untuk melindungi bibir. Minum air secukupnya, kekurangan air adalah salah satu punca bibir kering. Sebelum dan sewaktu bersahur cuba untuk minum air secukupnya. Sewaktu berbuka pula, cuba untuk amalkan air sebelum menjamah makanan atau minuman bergula terlebih dahulu.

Hindari makanan tertentu, makanan yang perlu dihindari sewaktu sahur dan berbuka puasa adalah makanan pedas dan masin. Dua rasa ini penyebab bibir menjadi kering. Elakkan pengambilan kafein dan rokok, walaupun susah untuk tinggalkan rokok dan juga kafein buat peminat kopi, cuba untuk elakkan. Hal ini dapat mencegah bibir kering sewaktu menjalani puasa. Selain itu, dapat juga mencegah mulut berbau. Gunakan pelembab bibir, untuk tampil segar dan sihat sepanjang hari, cuba untuk memakai pelembap bibir sekerap mungkin. Bibir akan berasa segar, selesa dan sihat. Sumber, mstar

Nak Kulit Muka Cantik Jangan Kerap Cuci Muka. Kerap Cuci Muka Adalah Satu Pantang Larangnya. Walaupun dalam tempoh PKP, kesihatan kulit muka tetap perlu dijaga. Malah, disebabkan duduk di rumah, lagi penting untuk kita pastikan kulit tidak tersumbat dengan lebihan minyak sehingga menyebabkan iritasi dan jelmaan jerawat yang menakutkan! Itu belum termasuk bahaya sinaran blue light dari skrin telefon dan komputer. Setiap hari kita menghadap skrin baik untuk bekerja mahupun sekadar melayari laman sesawang. Macam mana rutin harian mencuci muka boleh dikekalkan sama macam kita berada di luar rumah? jom baca ni.

Fokus

Nak fokus apa ya? Untuk menjaga kulit wajah, janganlah suka mencampur adukkan satu jenama dengan jenama yang lain. Sekiranya tidak ada kerengsaan pada kulit wajah dengan satu jenama yang digunakan, teruskan sahaja dengan jenama itu. Selain mengelakkan pembaziran, anda juga perlu mengenali kulit wajah dengan baik. berilah masa produk itu bertindak pada kulit anda dalam masa satu bulan dan tukar sekiranya ia memberi reaksi tidak sesuai.

Wap

Apabila di rumah, kita ada masa untuk menggunakan kaedah wap. Wap panas ini boleh mengecutkan liang pori pada wajah. caranya mudah sahaja. Masukkan air di dalam periuk berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian tutup kepala anda dan bahagian atas periuk dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan. Dekatkan periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu. Sekiranya inginkan kesegaran atau sedikit haruman yang menyenangkan, gunakan essential oil pilihan anda seperti lavender atau ros. Anda pasti terasa nyaman selepas itu!

Masker

Anda boleh menghasilkan masker sendiri di rumah! hanya gunakan pati timun, telur, tomato dan madu sudah mencukupi untuk proses pembersihan kulit wajah. Mungkin agak leceh tetapi sesekali bolehlah diamalkan di rumah. Anda juga boleh mencuba masker menggunakan bedak sejuk yang dicampurkan dengan bahan semula jadi lain seperti tomato, timun dan madu. Hanya 30 minit sebelum tidur, kulit anda terasa tegang dan segar sebaik sahaja ia dibersihkan.

Detoks

Jangan sesekali lupa untuk detoks! Minum air detoks dari rendaman timun, lemon, buah beri dan sebagainya untuk mencuci toksin di dalam tubuh. Kecantikan wajah bukan hanya dari luaran tetapi perlu juga dibersihkan dari dalaman. Ada juga yang memilih untuk mengambil supplemen untuk ‘mencuci’ bahagian usus bagi menyingkirkan toksin dalam tubuh. Asalkan sesuai dengan anda, apa salahnya. Senaman wajah, dengan cara urutan lembut pada wajah atau hanya menyebut Ma Me Mi Mo Mu sebanyak 10 kali boleh menguatkan otot muka dan bibir.

Kurangkan mencuci muka

Hanya dua kali sehari sudah memadai untuk membersihkan kotoran pada wajah. ini kerana, bahan pencuci mempunyai bahan kimia yang boleh membuatkan kulit wajah lebih berminyak dan rosak. Pilih pencuci muka yang menepati ‘kehendak’ kulit wajah anda. Namun ia berbeza sekiranya anda hanya memcuci wajah tanpa produk. Air sahaja sudah mencukupi untuk anda menyingkirkan minyak berlebihan pada wajah. Dua minggu sekali, bersihkan wajah dengan menggunakan skrub. Jangan overdo!