Tahukah anda ada bahasa tubuh yang menjelaskan seorang lelaki sedang dilamun cinta. Rasa cinta yang dirasakan oleh seorang lelaki dan wanita biasanya ditunjukkan dengan cara berbeza. Jika wanita lebih cenderung bersikap ekspresif, lelaki pula bersikap sebaliknya meskipun tidak semua begitu. Namun secara umumnya ada beberapa ciri yang sering ditunjukkan oleh lelaki apabila dia sudah jatuh cinta dengan soerang wanita. Bahasa tubuh lelaki yang sedang dilamun cinta dapat dilihat daripada kelakuan mereka ketika bersama orang dicintainya dalam diam. Berikut adalah lima bahasa tubuh lelaki sebagai indikasi bahawa mereka sedang dilamun cinta.
Mengingati perkara kecil tentang si dia
Seorang lelaki yang sedang jatuh cinta biasanya akan berusaha mengingati perkara-perkara kecil tentang orang disukainya. Ini termasuklah mengingati makanan atau minuman kegemarannya, filem kesukaan dan perkara kecil yang si dia ceritakan kepadanya. Atau perkara-perkara dianggap tidak penting tetapi dia mampu mengingatinya dengan baik.
Memberi perhatian
Cara seorang lelaki memberi perhatian kepada seorang wanita bukanlah semata-mata bertanya khabar menerusi WhatsApp atau panggilan telefon. Ketika seorang wanita bersamanya, dia dapat menunjukkan perhatian lain seperti sering menatap wajahnya sambil tersenyum atau cukup memberi perhatian pada setiap kata-kata diucapkan oleh wanita dicintainya. Jika ada sebarang masalah, dia juga akan jadi orang pertama bertanya dan menghulurkan bantuan.
Ramah, mudah bergaul
Bahasa tubuh lelaki yang sedang dilamun cinta adalah dia biasanya akan selesa berada di sekitar wanita dicintainya tanpa rasa canggung. Ini termasuklah bersama keluarga, teman, komuniti atau ketika melakukan sebarang aktiviti. Mereka akan berasa senang apabila si wanita memperkenalkannya kepada orang-orang terdekat kerana dia mahu ‘masuk’ jauh dalam kehidupan si dia.
Menggoda dengan sifat humor
Ketika seorang lelaki jatuh cinta, dia mungkin akan menggoda wanita disukainya dengan menjadi seorang yang lucu demi menghiburkan orang disukainya. Sikapnya itu kerana ingin membuatkan wanita disukainya berasa selesa dan tidak mahu terlalu ‘control macho’ di hadapan orang dicintainya. Berani, kajian bahasa tubuh mendapati, sikap lelaki yang jatuh cinta akan cenderung menjadi lebih berani dan bersedia menghadapi sebarang risiko. Elemen cinta akan mengaktifkan sisi kejantanan lelaki seperti berani meminta izin keluarga untuk mengajak wanita disukainya keluar atau memulakan langkah untuk menzahirkan rasa cinta. Sumber, mstar