Siapa tak kenal dengan penyanyi dan pengacara terkenal ni. Baru sahaja memuat naik gambar seakan-akan bersanding di atas pelamin, warganet mula membanjiri ruangan komen Alif Satar terhadap ‘posting’nya di Instagram. Memuat Naik Gambar Di Atas Pelamin. Di Instagram milik Alif Satar, dia memuat naik satu gambar memakai baju melayu lengkap berwarna hijau bersama isterinya, Sha Dila Halid. Gambr tersebut yang baru sahaja dimuat naik oleh Aliff menjadi topik perbualan apabila ‘caption’ yang diletakkan mengundang kerisauan warganet.
Rindu Nak Naik Pelamin
‘Caption’ yang ditulis Alif pada gambar tersebut menyatakan bahawa dia rindu untuk naik pelamin dan mengharapkan warganet memberi peluang untuk dia dan isterinya yang sudah mempunyai anak tiga bergambar di atas pelamin. Rindu nak naik pelamin.. bagi chance la kat kami ni, pengantin lama anak 3. Warganet Mula Risau, di ruangan komen, rakan-rakan artis dan warganet turut terhibur dengan perkongsian tersebut. Malah ada juga yang risau akan ‘caption’ gurauan Alif itu. Malah isterinya juga turut memberikan komen gurauan dengan menyatakan bahawa rindu untuk naik pelamin itu hanya untuk dia dan Alif sahaja. Sumber, murai
Alif Satar seronok berbasikal pusing KL
Kuala Lumpur: Artis serba boleh Alif Satar berkongsi keterujaan menyertai Program Pagi Bebas Kenderaan Kuala Lumpur (KLCFM) yang tertangguh akibat pandemik Covid-19. Malah, Alif turut berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat mengaktifkan semula dan mengaplikasikan program berkenaan pada setiap minggu. Katanya “Inilah yang berlaku sepanjang KLCFM sekitar pagi ini, yang mana kita ada mereka yang berlari dan ada juga yang berbasikal. “Seronok betul apabila dapat menyertai KLCFM ini, tetapi kalau dapat dibuat setiap Ahad, pasti lebih menarik lagi. “Malah, mereka yang sama-sama gang ‘Foldie’ (basikal lipat) di sekitar Dataran hari ini memang ‘power’,” kata Alif.
Malah, bapa kepada tiga cahaya mata itu dilihat turut menegur dan menyapa mesra orang ramai yang turut menyertai KLCFM, pagi ini. KLCFM membabitkan aktiviti berjalan, berlari, meluncur atau berbasikal selama dua bermula seawal jam 7 pagi hingga 9 pagi. Sepanjang tempoh itu, jalan-jalan yang terbabit akan ditutup kepada kenderaan awam dan persendirian Program dwimingguan itu dijadikan program simulasi sesuai dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sumber, harian metro