Perkara yang sering merisaukan kita kepada kucing kesayangan adalah apabila termarah mereka. Banyak pertanyaaan dari pecinta kucing, adakah kucing seorang yang pendendam. Ada sesetengah orang yang tidak sukakan kucing malah tergamak melakukan kekasaran terhadap haiwan comel itu seperti tidak memberinya makan apabila diminta ataupun ditendang tanpa belas. Bagaimanapun, kucing biasanya akan bertindak balas apabila dirinya disakiti seperti mencakar dan menggigit sebagai cara menunjukkan kemarahannya diperlakukan begitu.
Adakah kucing menyimpan dendam ketika dirinya disakiti oleh manusia apatah lagi orang yang dikenali atau pemiliknya sendiri. Pakar psikologi haiwan, Dr Sam Westreich berkata, si bulus sebenarnya tidak menyimpan dendam tetapi mereka dapat mengingati perbuatan buruk yang berlaku terhadapnya.
Kucing tidak berdendam tetapi mampu mengingati perbuatan buruk terhadap dirinya.
Jelas Dr Sam, ingatan yang bertahan paling lama dalam diri kucing adalah melibatkan rasa sakit, gangguan atau kecederaan termasuk gangguan emosi. “Meskipun kucing tidak menyimpan dendam seperti manusia namun hidupnya tetap bergantung kepada ingatan kejadian buruk yang berlaku padanya dalam menghindari ancaman pada masa hadapan.
Katanya “Malah jika seseorang secara tidak sengaja menyakitinya, ia tetap mengingatinya dan jangan terkejut si bulus mula menjauhkan diri daripada anda,” katanya. Sementara itu, National Kitty pula melaporkan tiada sebarang penemuan kajian tertentu yang boleh menentukan sejauh mana seekor kucing mampu mengingati kejadian buruk yang menimpanya. Bagaimanapun, kucing yang lebih tua memiliki ingatan lebih baik berbanding anak kucing dan juga anjing.
Kemarahan kucing hanya seketika dan akan kembali minta dimanja meskipun dimarahi oleh pemiliknya.
Penelitian yang dibuat turut menunjukkan bahawa kucing dewasa memiliki memori selama 16 jam berbanding anjing hanya sekitar lima minit. Menariknya, kucing juga memiliki ingatan lebih baik berbanding monyet dan orang utan. Ini kerana struktur otak kucing mirip dengan manusia yang mungkin menjelaskan mengapa si bulus mudah mengingati perkara-perkara tertentu seperti waktu makan, cara membuka pintu atau berkomunikasi dengan pemiliknya.
Timbul pula persoalan, adakah kucing mampu menjadi seorang pemaaf. Penulis buku berjudul Cat Sense: How the New Feline Science Can Make You a Better Friend to Your Pet iaitu John Bradshaw bekata, kucing cenderung menjadi haiwan yang pemaaf. Jelas John, ia mungkin berasa marah dengan perbuatan kejam terhadapnya namun biasanya dalam tempoh beberapa jam ia akan melupakannya dan kembali berbaring di atas paha dan minta dibelai. Sumber, mstar