Tahukah anda memang sukar membuang barang apatah lagi yang mempunyai nilai sentimental. Mendapat daripada orang istimewa pastinya membuatkan seseorang berasa sayang dengan pemberian yang diberikan. Akan tetapi, seiring dengan waktu, pastinya barang-barang dalam simpanan bertambah dan menyebabkan rumah menjadi semak. Tetapi kerana berpegang kepada kenangan, ramai yang enggan membuang barang-barang tersebut kerana berasa bersalah untuk berbuat demikian. Life Storage melaporkan terdapat beberapa cara untuk membuang barang-barang yang mempunyai kenangan tanpa rasa bersalah.
Ketahui antara keperluan dan kehendak
Ada sesetengah orang yang tidak boleh membezakan antara keinginan dan kehendak. Namun jika seseorang masih mampu bernafas tanpa memiliki sesuatu barang dalam hidup mereka, itu bermakna barang tersebut adalah satu keinginan. Daripada barang-barang pemberian yang penuh kenangan, nilaikan sama ada anda benar-benar memerlukannya atau pun tidak selain berfikir kembali punca anda terikat dengan sesuatu benda.
Pilih barang yang membuat anda bersyukur berbanding gembira
Memiliki barang-barang yang hanya diperlukan akan membuatkan seseorang lebih bersyukur. Apabila perkara ini ditanamkan dalam minda, seseorang tidak akan berasa bersalah kerana membuang barang tidak diperlukan atau benda yang disayangi.
Buang secara berperingkat
Jangan terus buang semua barang-barang dalam simpanan tetapi lakukan secara berperingkat agar kesan pada emosi tidak terlalu mendalam. Cara itu juga boleh membuatkan seseorang lebih teliti dan berhati-hati ketika membuang barang-barang tidak diperlukan dan bukannya mengikut perasaan. Selain daripada membuang, anda boleh mendermakan barang-barangan yang tidak diperlukan kepada golongan memerlukan sekiranya ia masih dalam keadaan baik. Sumber, mstar