Lama menyepi Ali Puteh luah rasa kecewa jadi duta syarikat ayam tapi dia yang rugi puluhan ribu

PELAWAK Ali Puteh meluahkan rasa kecewa apabila perjanjian sebagai duta sebuah syarikat pembekal ayam tidak berjalan seperti mana diharapkan. Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, berkata, disebabkan perkara itu juga dia mengambil keputusan untuk menarik diri sebagai duta syarikat pembekal ayam berkenaan. “Saya tidak mahu ada pihak lain berdepan masalah apabila berurusan dengan syarikat pembekal itu. “Jujurnya saya kecewa dengan apa yang terjadi apabila perjanjian tidak berjalan seperti sepatutnya,” katanya. Ali dilantik sebagai duta pada April lalu turut meminta agar namanya tidak lagi dikaitkan dengan syarikat tersebut terutama melibatkan urusan bekalan ayam. Dalam pada itu, Ali memberitahu kecewa apabila usaha gigihnya melaksanakan tanggungjawab sebagai duta tidak menerima bayaran setimpal seperti dijanjikan.

Malah kata Ali, disebabkan menerima tawaran sebagai duta, dia telah melepaskan pelbagai tawaran lain bernilai puluhan ribu kerana ingin memberi fokus kepada kerja-kerja mempromosikan produk syarikat berkenaan. “Saya terima tawaran ini kerana diperkenalkan oleh seorang kawan yang memang saya kenal. Melihat sebagai satu peluang terbaik untuk menjana pendapatan lebih stabil saya terima. Tetapi perkara lain pula yang terjadi. “Ini sangat menyedihkan kerana saya telah lepaskan banyak tawaran lain untuk fokus pada tanggungjawab sebagai duta,” jelasnya. Meskipun kecewa, Ali berkata dia reda dan menerima ketentuan takdir dengan hati terbuka selain menganggap ia bukan rezekinya. Pun begitu, dia berharap tiada pihak yang akan menjadi sasaran apabila timbul masalah di kemudian hari. “Saya tidak mahu nanti timbul masalah, nama saya dikaitkan dengan syarikat tersebut selain enggan ada pihak jadi sasaran,” katanya.

KOMEN KOMEN WARGANET:

Sumber : MSTAR ONLINE

Dua Tahun Tak Dapat Tawaran Kerja, Lama Menyepi Ali Puteh Tampil Bongkarkan Punca Dia Dah Bersedia Nak Berbaik Dengan Balu Abam. KEMELUT antara Ali Puteh dengan b4lu kepada Allahy4rham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali memberi kesan besar kepada kerjaya pelawak itu apabila dia tidak menerima banyak tawaran kerja dan ada antaranya dibatalkan pada saat-saat akhir. Ali, 33, yang merupakan adik kepada Abam mendedahkan dia melalui hidup sukar dan hanya bertahan dengan wang simpanan sendiri untuk menyara perbelanjaan keluarga. “Sejak awal kes ini mendapat perhatian memang banyak job saya dibatalkan. Selain itu saya tidak menerima banyak tawaran kerja sepanjang tempoh dua tahun kebelakangan ini. “Saya bergantung kepada duit simpanan sendiri untuk menyara keluarga. Saya harus berjimat cermat kerana ada anak sedang membesar. Bagaimanapun syukur segala kelengkapan masih mencukupi,” katanya kepada mStar.

Akui tertekan dengan situasi yang dilalui, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan terpaksa kuat demi meneruskan kehidupan dan menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Dalam masa sama, Ali tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak dan menganggap apa yang berlaku sebagai ujian untuk dia memperbaiki diri sendiri. Ali anggap apa yang berlaku sebagai ujian. “Memang ada rasa tertekan kerana saya ada tiga orang anak. Ketika arw4h ibu masih hidup saya juga menanggung kos rawatan perubatan. Saya hanya katakan kepada isteri percayalah rezeki akan datang satu hari nanti.

“Saya tidak mahu salahkan sesiapa sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada diri sendiri. Mungkin ini adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa saya yang dahulu. Allah jentik saya dengan ujian sebegini,” ujarnya. Sementara itu kata Ali, dia bersedia untuk bersemuka dengan Hidayah bagi menyelesaikan segala kemelut yang melanda antara mereka. Mungkin ini adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa saya yang dahulu. Allah jentik saya dengan ujian sebegini. Bagaiamanapun Ali menolak jika ada mana-mana pihak yang sengaja mahu menjadikan kisah mereka berbaik sebagai satu bahan untuk tontonan umum. “Ada stesen televisyen yang mahu temukan kami, tetapi bagi saya jika mahu berdamai tidak perlulah diberitahu kepada khalayak. Biarlah saya lakukan sendiri.

“Dia juga boleh berjumpa saya untuk selesaikan segala masalah berkaitan dokumen bagi tuntutan faraid,” jelasnya. Untuk rekod, Abam pergi menghadap illahi pada 10 Februari 2020 akibat demam panas. Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab. Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah, pada Februari lalu mahkamah memutuskan Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000. Sumber, mstar