Anna Jobling nasihat warganet untuk rasa sendiri jamu Mutyara sebelum kritik, Sekali ini yang Tya Ariffin lakukan

Siapa tak kenal dengan pelakon kacukan ini. Anna meminta agar warganet merasai sendiri produk Tya Ariffin sebelum memberikan sebarang komen negatif. PelakonAnna Jobling menyifatkan tindakan segelintir warganet yang melemparkan kata-kata kecaman terhadap produk jamu keluaran Tya Arifin yang dikatakan pahit sebagai cuba menutup periuk nasi usahawan berkenaan.

Anna atau Anna Ellisa gustin Jobling sebaliknya berkata, sebagai pengguna produk Mutyara dia sendiri sudah merasai keberkesanan jamu itu yang mempunyai pelbagai khasiat dan tidak mempunyai rasa pahit seperti didakwa. “Baru-baru ini saya baca artikel yang cakap produk jamu Tya pahit. Sebenarnya yang cakap macam itu tak pernah cuba pun. Saya sendiri sebagai pengguna sangat berpuas hati dengan jamu itu yang langsung tidak berasa pahit malah manis.

Anna berpendapat warganet tidak wajar untuk memberikan komen negatif sebelum mencuba terlebih dahulu.

Selanjutnya “Rasa manisnya bukanlah seperti manis buatan tetapi manis daripada bahan seperti kurma, madu, delima dan habatus sauda. Rasanya sangat sedap. “Pada saya sebelum hendak komen, cuba dahulu. Tak baik tutup periuk nasi orang lain,” katanya. Anna terpanggil memberi reaksi dan mempertahankan Tya menerusi sebuah video di Instagram dan perkongsian itu sudah mencecah 400,000 tontonan selain lebih 50,000 tanda suka.

Sebelum nak menilai atau mengh3ntam produk orang lain, cuba terlebih dahulu dan baru komen

Dalam pada itu, Anna turut menasihati pengguna laman sosial agar lebih berhati-hati sebelum memberi sebarang komen terhadap individu lain. “Sebelum nak menilai atau menghentam produk orang lain, cuba terlebih dahulu dan baru komen. “Saya harap Tya kuat dan buang semua perkara negatif daripada fikiran dan sentiasa positif dalam memastikan perniagaan terus maju,” katanya. Rentetan isu itu, Tya mengambil keputusan untuk memberikan 10,000 pek percuma produk itu kepada sesiapa yang ingin merasai sendiri jamu berkenaan dengan melayari laman web www.mutyara.com. Sumber, mstar