Pelakon Nadya Syahera mengakui rasa tertekan dalam menguruskan anak-anak disebabkan suaminya, Fizul Nawi berada di Thailand atas urusan kerja. Menerusi beberapa luahan di InstaStory, pelakon berusia 29 tahun itu berkata, suaminya seolah-olah tidak mengambil peduli apa dilalui sehingga emosi dan mentalnya terganggu. Dia habis meeting melencong ke lain. Nadya yang mesra dipanggil sebagai Kak Bed berkata, dia letih menguruskan tiga orang anaknya terkontang-kanting selain sedih kerana sering memendam perasaan namun cuba memujuk hati sendiri.
“Saya ni tepu duduk rumah, tak tahu nak cakap macam mana. Nak keluar kemana-mana berangkutlah anak semua. Belum lagi pasal naik kereta, hujan atau anak semua tertidur dalam kereta. “Fuh susahnya nak dukung anak sambil menangis. Sebab itu mental saya terganggu. Pendam banyak. Tapi selalu pujuk hati, orang lain lagi susah kan? Tapi sedih tahu tak?,” tulisnya semalam. Malah, pelakon drama Boyfriend Aku Dari Nrka itu juga seolah-olah terasa hati kerana tidak diendahkan suaminya ketika cuba meluahkan bebanan yang dihadapi. I cuma penat pendam! “Takde ruang nak bercakap dan jelaskan dekat dia. Sibuk dengan kerja dia 24 jam. Kadang-kala kalau saya cakap, masuk telinga kiri keluar kanan. Sedih sebab apa saya cakap dia tidak ambil peduli.
“Kita dah la duduk rumah uruskan anak seorang diri. Kalau kita luah tu, boleh dengar dan selesakan kita sikit kuranglah rasa sayu ni. “Tapi tu la. Tak sempat nak cakap, sibuk dengan telefon dan kerja dia je. Nak cuba cakap pun takut, jadi diam atau pendam jelah,” katanya. Senang lenang lepak, saya gigih jaga anak Berikutan situasi itu, Nadya turut mengakui dia rasa bersalah apabila anak-anak sering menjadi sasaran untuk melepaskan kemarahan. Bila saya stres, anak2 kena tempias.
Terdahulu, pemilik nama Nadya Syahera Rosli itu dan suaminya berkahwin pada September 2015 serta dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aleena Rose, 7, Mohamad Dayyan, 6, dan Muhammad Barr Adam, 3 bulan. Sumber, Instagram Nadya Syahera. PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.