Nora berkongsi keterujaannya dengan mengatakan bahawa makanan yang disajikan seperti Steak Tartare dan Beef Wellington adalah sangat menakjubkan. Pelakon, Nora Danish berkongsi pengalaman pertamanya makan malam bersama keluarga di salah sebuah restoran yang diasaskan oleh chef terkenal dunia, Gordon Ramsay iaitu Gordon Ramsay Bar & Grill di Sunway Resort.
Teruja Dapat Makan Malam Di Gordon Ramsay Bar & Grill
Menerusi hantaran di Instagram, Nora berkongsi keterujaannya dengan mengatakan bahawa makanan yang disajikan seperti Steak Tartare dan Beef Wellington adalah sangat menakjubkan. “Kali pertama kami makan malam di @gordonramsaybarandgrillkl . Makanannya menakjubkan. The highlight for us was the Steak Tartare and Beef Wellington, yumss! “Oh ya dan Scallop juga sedap, dan Oyster. Terima kasih @sunwayresortkualalumpur atas layanan yang sangat baik.”-Tulis Nora
Warganet Persoal Status Halal
Walaubagaimanapun, di ruangan komen hantaran Nora telah menjadi perdebatan warganet yang mempersoalkan status halal pada restoran chef terkenal dunia tersebut. “beef wellington tu Halal ke?.” “Pork-free doesn’t mean halal.” “No halal cert means not halal. Simple as that.” “Masalahnya halal ke kak?.” “SubhanAllah..Kan tak halal tu kak, apa kekayaan mengaburi mata ke..MasyaAllah.” “It’s not halal right? They even eat the beef wellington. Gravy made from wine?.” “Bukan tak halal ke? And wellington tu masak pakai redwine kan? Tapi takpelah, Nora Danish kot.”
Sekadar info, dipetik dari HHWT yang menyatakan bahawa pihak pengurusan restoran itu telah memaklumkan bahawa restoran itu tidak menerima sijil Halal oleh JAKIM. Walaubagaimanapun, kesemua bahan masakan dan daging yang digunakan oleh restoran ini adalah menerusi pembekal makanan yang halal. Namun bagi restoran yang menghidangkan minuman alkohol, tidak akan mendapat sijil Halal oleh JAKIM. Sumber, murai