Umum memang kita kenali dengan pelakon ini. Fasha Sandha masih menuntut ilmu lakonan dengan Fauziah Nawi. Menceburi bidang lakonan sejak usia belasan tahun bukan bermakna Fasha Sandha boleh mendabik dada dan merasakan dirinya sudah berpengalaman sebagai seorang pelakon. Sebaliknya kata Fasha, 38, sehingga ke hari ini dia masih menyertai kelas lakonan bagi memperkemaskan teknik lakonan daripada aktres Fauziah Nawi kerana percaya ilmu itu sangat penting. “Sehingga ke hari ini saya masih lagi belajar dengan ibu (Fauziah Nawi) tentang teknik lakonan. Jika bercuti, saya akan ambil peluang menimba ilmu kerana percaya ilmu tidak pernah putus.
Fasha tidak jemu menuntut ilmu lakonan meskipun sudah senior
Katanya lagi “Sebab itu juga saya yakin dan percaya perkara itu juga yang membawa saya di sini, hari ini. Belajar mengenai kawalan suara, cara untuk marah, menangis dan melontarkan dialog dengan jelas juga mempunyai ilmunya,” katanya kepada mStar. Fasha yang ditemui ketika Majlis Tayangan Episod Akhir Drama Dendam Seorang Isteri bersama peminat dan media di Panggung Asia, Kuala Lumpur pada Khamis. Selain Fasha drama rantaian 85 episod terbitan Radius One Sdn Bhd itu turut dibintangi oleh Nad Zainal, Aidit Noh, Wan Raja, Amylea dan Roy Azman.
Dalam pada itu, Fasha berkata, antara faktor dia mengekalkan kualiti dalam lakonannya adalah termasuk memberi fokus kepada satu projek dalam satu masa agar dapat memberikan hasil terbaik. Namun menolak dakwaannya dia memilih watak demi mengekalkan nilai eksklusif ketika muncul di televisyen. Daripada menyusahkan orang lain lebih baik kita berkorban dengan melakukan satu perkara sahaja. Itu lebih baik. “Banyak kali saya dapat tawaran serentak, kadangkala empat atau lima produksi tawarkan dalam bulan sama. Tetapi saya akan pegang satu kerja dan akan fokus.
Katanya lagi”Saya tidak setuju untuk buat dua kerja dalam satu masa sebab tidak boleh fokus. Saya percaya pada rezeki, daripada menyusahkan orang lain lebih baik kita berkorban dengan melakukan satu perkara sahaja. Itu lebih baik,” jelasnya. Sudah lama mengikut kelas lakonan, Fasha berkata, dia juga sering menasihati pelakon baharu agar tidak jemu mencari ilmu selain sentiasa menjaga disiplin dan bertanggungjawab dalam amanah diberikan.
Fasha memberi fokus untuk menjayakan satu naskhah dalam satu masa
Selanjutnya “Saya memang terapkan disiplin dalam diri sejak remaja lagi. Dulu masa zaman sekolah, saya seorang pengawas. “Apabila jadi pelakon, saya percaya itu adalah resepi dan rahsia yang membawa saya ke tempat sekarang. “Sebab itu juga saya sering pesan kepada pelakon baru agar jaga disiplin, rebut peluang menimba ilmu dan melunaskan tanggungjawab dengan baik,” katanya. Gandingan Fasha dan Nad Zainal mendapat pujian. Dalam perkembangan lain, Fasha juga bakal muncul sebagai pengacara program Jejak Hati. Kata Fasha program itu merupakan rancangan tanggungjawab sosial korporat yang disiarkan di saluran Astro Prima.