Selebriti versatil, Alif Satar mendedahkan isterinya, Shad Dila Halid menyerahkan segala tanggungjawab lakonan atau babak mesra dengan pelakon wanita kepada dirinya. Kata Alif, isterinya memahami dan percaya dia seorang yang tahu akan limitasi sebagai seorang suami dan bapa. “Dia seorang isteri yang sangat memahami dan dia tidak meletakkan limitasi kerana dia percaya saya tidak akan melampaui batas. “Saya sendiri akan menjaga batas bila berlakon dengan pelakon wanita,” katanya kepada Astro Gempak
Pelakon Dia Semanis Honey itu ditemui selepas sidang media Hausboom Music Concert yang berlangsung di The Finch, Kuala Lumpur pada Isnin. Walaubagaimanapun, Alif memberitahu sebagai seorang yang beragama Islam dia akan cuba mengelak babak mesra yang perlu bersentuhan dengan pelakon wanita. “Setakat ini saya cuba cari cara lain untuk menunjukkan rasa mesra dengan pelakon wanita terutama bila berlakon watak suami isteri. “Jika boleh saya elak dari bersentuhan dan bila perlu berpegangan tangan pun cuba berlapik. Bagi saya ikut keselesaan sesama pelakon.
Katanya lagi “Bagi saya sebenarnya senang saja sebagai pelakon kena tahu guna simbolik sahaja malah perkataan yang kita cakap pun dah cukup untuk membeli imaginasi penonton. “Lagipun saya kena sedar saya orang Islam dan warganet sekarang pun dah bijak menegur apa yang mereka rasa tak sesuai,” jelasnya. Selain mengacara dan menyanyi Alif banya membitangi drama-drama Melayu di Astro seperti Suria Di Cordoba, Red Velvet, Family Spy dan banyak lagi. Sumber, gempak