Siapa aja yang tak kenali dengan model terkenal dunia ini. Seperti yang diketahui, Bella Hadid merupakan model antarabangsa dari Belanda-Palestin yang aktif menyuarakan mengenai kebebasan Palestin. Dia juga sering mengambil bahagian dalam projek kemanusiaan untuk menghentikan perang Israel-Palestin. Baru-baru ini, Bella Hadid berkata dia sanggup kehilangan pekerjaannya sebagai model untuk meneruskan tindakan membela Palestin. Wanita berusia 25 tahun yang pernah bekerja dengan jenama fesyen utama di seluruh dunia, berkata dia menyedari dia ‘bukan di bumi ini untuk menjadi model’ semata-mata.
Dijauhi Rakan-Rakan
Menurut Intipseleb, Bella Hadid adalah salah seorang penyokong paling lantang dalam memperjuangkan isu berkaitan dengan negara Palestin. Dia juga mendedahkan bahawa dia telah kehilangan banyak peluang untuk menjadi model kerana pandangannya terhadap apa yang terjadi di antara Israil dan Palestin. Malah, Bella juga seringkali dijauhi oleh rakan-rakannya.
Berhasrat Untuk Hidup Dalam Budaya Islam
Bella Hadid juga mendedahkan bahawa setelah perpisahann ibu bapanya pada tahun 2000, dia mula berasa jauh dari negara Palestin. Malah dia mendedahkan dia telah kehilangan sebahagian daripada dirinya. Dia juga mendedahkan bahawa dia kesal kerana tidak diberi peluang untuk hidup dalam persekitaran Islam. Bella menyatakan hasratnya untuk dapat hidup dalam budaya Islam. Sumber, murai