Baru baru ini, tular sebuah video menyaksikan luahan seorang pelanggan wanita berkenaan servis penghantaran makanan yang memintanya turun untuk ambil di bawah.
‘Kenapa suruh aku turun?’
Dalam video itu, wanita berkenaan membuat tegvran terbuka kepada ‘rid.r’ di luar sana untuk menjalankan tugasan dengan sempurna. ‘Kalau korang tak boleh selesaikan tugasan sampai habis, korang tak layak kerja Food Panda…sebelum ni aku okey je turun sebab rumah kena ada akses kad untuk masuk tapi sekarang dah tak perlu…’
‘Kenapa suruh aku tvrun?’
Video itu sekali gus menjadi bualan warganet yang rata ratanya turut meluahkan pendapat mereka berkenaan isu tersebut. Dalam yang menyelar tindakan wanita itu, ada juga yang bersetuju dengannya kerana menurut mereka servis ‘rider’ dibayar dan adalah sebaiknya tugasan dilakukan dengan sempurna mengikut kemahuan pelanggan.
‘Ada sebab rider tak boleh naik’
Tampil dengan pendapatnya, seorang pemuda yang juga merupakan ‘rider’ memberitahu sebab kebanyakan ‘rider’ di luar sana enggan naik ke atas jika menghantar pesanan di rumah bertingkat seperti pangsapuri atau kondominium.
Pernah hilang makanan, barang
Malah, dia juga ada berkongsi pengalaman pahit yang menimpa sewaktu menghantar makanan ke tingkat atas apabila makanan di dalam beg yang perlu dihantar selepas lokasi itu hilang termasuklah beberapa barangan miliknya yang lain. ‘Salah ke turun sekejap ambil makanan? Mungkin bersebab rider tu suruh turun bawah , aku pernah hilang barang barang waktu hantar makanan dekat rumah flat, hilang makanan, pada hal baru kejap naik hantar makanan.’ Justeru itu, dia berharap agar pelanggan di luar sana boleh bertolak ansur ketika berurusan dengan mana mana ‘rider’ selepas ini. Sumber, Awattsyeikh.com