Ada lagi yang bertanya pada Dr Amalina tentang cara pantang wanita itu, Sekali ini jawapan dari tuan badan sendiri

Tak habis lagi dengan isu hangat kelmarin sampai warganet sendiri bertanya pada Dr. Amalina. Umum mengetahui pakar bedah yang juga personaliti terkenal, Dr Amalina baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya, Arabella Mia.

Disoal Adakah Mengikuti Kaedah Pantang Tradisional

Terkini, Dr Amalina menerusi Insta Stories dilihat menjawab persoalan oleh salah seorang pengikutnya yang bertanyakan adakah dia mengamalkan amalan berpantang secara tradisional selepas bersalin. “Hanya kerana ingin tahu, adakah anda mengikuti mana-mana amalan berpantang Melayu?.”-Soal warganet.

Bakal Kongsi Tip Selepas Bersalin Berdasarkan Perubatan & Pengalaman Sebagai Pakar Bedah

Akui tidak mengamalkan kaedah berpantang secara tradisional, Dr Amalina menjelaskan bahawa dia akan berkongsi bersama orang ramai mengenai cara untuk menjadi sihat selepas bersalin berdasarkan perubatan dan pengalamannya sebagai pakar bedah. “Tidak, tetapi saya akan berkongsi dengan anda dalam post saya yang seterusnya, apa yang saya lakukan dengan penjagaan selepas bersalin bagaimana menjadi cergas dan sihat selepas bersalin berdasarkan bukti perubatan dan pengalaman saya sebagai pakar bedah.”-Jelas Dr Amalina

Sementara itu, Dr Amalina turut berkongsi mengenai dirinya yang dibantu oleh suami, ibu dan ibu mertuanya sepanjang tempoh selepas bersalin. Sekadar info, Dr Amalina telah mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas di Masjid Central London pada 31 Mac 2021. Pasangan ini juga baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arabella Mia. Sumber, mstar

Dr Amalina Bawa Bayi Berjalan Selepas 4 Hari Melahirkan Anak, Ramai Peminat Teruja Dengan Kecomelan Anaknya. Umum ramai ketahui individu ini. Pada Selasa lalu, pakar bedah asal Malaysia, Dr Amalina Che Bakri mengumumkan kelahiran anak perempuannya, Arabella Mia. Menerusi kemas kini di Instagram, Dr Amalina melahirkan rasa gembira dan memberitahu bahawa Arabella dilahirkan pada minggu lepas di Hospital St Thomas, London. Ramai yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada Dr Amalina dan suami atas kelahiran bayi sulung mereka termasuk usahawan Vivy Yusof, Ratu Skuash Negara, Datuk Nicole David dan selebriti Catriona Ross.

Terbaharu, gambar Arabella sekali lagi dihujani dengan respons positif warganet selepas Dr Amalina memuat naik gambar puterinya ketika mereka keluar bersiar-siar di kota London. “Bella all cosy in her pram wrapped up in blankets and her cute bear hat. At four days old, she had her first walk with mummy and daddy,” tulis Dr Amalina.

Terdahulu, wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu menjadi bualan hangat warga warganet apabila memilih status kewarganegaraan British untuk anak pertamanya. Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu. Sumber, gempak

Exit mobile version