Caprice tuntut PU Syed membuat permohonan maaf kepadanya dalam tempoh 24 jam. Penyanyi rap, Caprice memberi tempoh 24 jam kepada Pencetus Ummah (PU) Syed untuk membuat permohonan maaf secara terbuka susulan pendakwah bebas itu mengaitkan nama isterinya dalam satu hantaran di Instagram miliknya. Caprice atau Ariz Ramli, 34, berkata, sekiranya PU Syed gagal berbuat demikian dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan rahsia pendakwah berkenaan kepada umum.
“Salam PU Syed, Cap bagi hang (awak) 24 jam untuk buat permohonan maaf secara terbuka sebab tiba-tiba nak kait isteri saya dengan kes jenayah seorang PU. Apa kaitan? Kenapa nak tiba-tiba petik? Jangan sampai Cap bongkar rahsia PU pula dekat sini. Tiada kaitan, jangan mula atau kita pun boleh mula,” katanya.
Terdahulu, PU Syed menyangkal dkwaan bersikap pilih bulu ekoran mendiamkan diri daripada mengulas isu melibatkan PU Azman yang berdepan dengan lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu. Menerusi hantaran sama, PU Syed turut menegur selebriti Caprice yang dilihat aktif melakukan siasatan sendiri apabila dikatakan terdapat mgsaaa yang mengadu menjadi mgsaaa kepadanya. Malah pendakwah bebas itu meminta Caprice menguruskan soal aurat isterinya terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai perkara lain. Dalam pada itu, Caprice memberitahu dia turut menghantar mesej peribadi dan menelefon pendakwah berkenaan bagi menuntut penjelasan berhubung perkara itu.
Caprcie berkata, dia tidak akan berdiam diri selagi PU Syed tidak membuat permohonan maaf kepada isterinya. “Selagi hang tak minta maaf dekat isteri saya, hang akan betul-betul bertemu dengan Tiger of AlQuds. Jangan sampai Cap terus bongkar rahsia-rahsia yang CAp simpan satu tahun. Confirm lagi kecoh satu Malaysia,” katanya. Sumber, Mstar Online
Caprice Tampil Beri Teguran Pada Mereka Yang Mengkritik Wajah Ejen Kosmetik Yang Hilang Tempoh Hari
Semua orang telah dimaklumkan dengan isu ini. Penyanyi rap dan usahawan, Caprice tampil memberikan teguran buat warganet yang melakukan face shaming terhadap ejen kosmetik yang telah dilarikan kumpulan penj3nayh dipercayai kartel bahan terlarang pada 13 September lepas.
“Nama Pun Ejen Kosmetik..”
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Caprice menitipkan rasa syukur selepas ejen kosmetik itu telah kembali ke pangkuan keluarga dan turut menegur warganet yang melakukan face shaming terhadap ejen kosmetik berkenaan. “Alhamdulillah, mangsa yang kena culik diselamatkan dan kembali ke Malaysia. Walaubagaimanapun, kita punya warganet sometimes got no chill sampai tahap face shaming. “First of all Malaysia, nama pun ejen kosmetik, dia jual barang kosmetik. Kosmetik itu apa, kecantikan. Kau rasa semua dekat TikTok tu yang pakai mekap, filter, semua ori?.”-Kata Caprice
Pengikut Luah Rasa Berang
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Caprice meluahkan rasa berang terhadap tindakan segelintir pihak yang dianggap tidak menghormati perasaan keluarga yang berduka dengan kejadian tersebut. “Itulah. Mangsa still dalam trauma but ada je yang face shamming. I mean yang cakap tu terpaling natural ke nyah??.” “Tak sensitif langsung. Geram tau. Face shaming orang sampai macam tu sekali. Semoga akak tu kembali pulih dari trauma. Abaikanlah warganet yang takde hati perut ni.”
Katanya lagi “Making a joke about someone’s trauma? Orang yang tekder common sense akan buat benda macam ni! Sikit takder rasa sifat sensitif terhadap orang sekeliling, lebih-lebih lagi family mangsa!.” Memetik laporan Astro Awani, ejen kosmetik yang dikenali sebagai Rosnazirah itu dilarikan empat individu dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Tumpat pada 13 September lepas. Mangsa dikatakan dibawa lari ke Thailand oleh kumpulan dipercayai kartel bahan terlarang. Sumber, murai