Sebelum ini penerbit Datuk A.Aida ada mengeluarkan kenyataan bahawa mahu mencari bakat baharu yang berwajah kacak dan cantik untuk membintangi sesuatu filem ataupun drama.
Bakat Boleh Diasah
A.Aida mahu mencari bakat baru yang berwajah kacak dan cantik. Malah baginya bakat seseorang itu boleh diasah olehnya. Saya mahu mencari bakat baru yang berwajah kacak dan cantik, bakat itu saya boleh asah, tapi kalau yang datang itu punya pakej rupa dan bakat, sudah tentu mereka ada kelebihan. Tambahnya lagi, jika seseorang itu datang dengan kedua-dua pakej, individu tersebut mempunyai kelebihan dalam menjadi pelabis baru dalam industri lakonan.
Tidak Memerlukan Pengikut Yang Ramai
Dalam pada itu, A. Aida berkata, dia tidak hanya mencari bakat baharu yang mempunyai jumlah pengikut ramai di media sosial kerana ia bukan faktor utama penentu sesebuah filem atau drama berjaya. Ini kerana katanya, followers akan datang dengan sendirinya apabila berjaya menarik perhatian peminat selepas bergelar seorang pelakon yang mempunyai pakej lengkap.
Mendapat Respon Dari Mat Dan
Berita mengenai pencarian pelapis baru yang lebih mengutamakan rupa dari bakat telah mendapat perhatian dari Mat Dan. Inilah yang salah dalam industri ini. Memang bakat boleh asah,tetapi kalau ikot macam ini, asah yang cantik jela? Jangan nilai pada rupa sahaja. Tulis Mat Dan, jika pelapis baru dicari dengan berpandukan rupa paras sahaja, ini bermakna hanya golongan individu yang mempunyai rupa paras sahaja berpeluang untuk mengasah bakat mereka. Sumber, Mstar Online
Datuk A Aida Dedah Dirinya Juga Tidak Bermusuh Dengan Idris Khan, A Aida Akui Dirinya Seorang Yang Professional
Umum kita kenali dengan pelakon dan penerbit terkenal ini. Datuk A Aida tampil ulas mengenai isu beliau dengan pelakon kelmarin. Katanya “Saya tetap profesional,” kata penerbit terkenal, Datuk A Aida susulan kenyataan pelakon, Idris Khan mengenai hubungan persahabatan mereka yang tetap berjalan seperti biasa.A Aida berkata, dia juga tidak pernah memusuhi Idris kerana tindakan saman yang dibuat adalah berlandaskan profesional dalam bekerja. “Saya tak bermusuh dengan dia. Saya profesional. Urusan peribadi tolak tepi. Semua tahu, saya memang tegas dalam bab kerja.
Luahnya lagi “Lagi pun, sebelum ambil tindakan ini saya sudah mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam. Saya harap orang ramai jangan buat spekulasi. Kita pun sudah saman, jadi biarlah mhkamh tentukan kerana kita percaya kita di pihak yang benar. Dalam masa sama, saya mahu perkara ini menjadi pengajaran buat semua pemain industri,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, A Aida selaku penerbit dan pemilik A Aida Production memfailkan sman terhadap Idris dan Amelia Henderson kerana didakwa melanggar kontrak penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang kini sedang ditayangkan di Slot Akasia TV3. Kes itu bakal didengar di mahkamah pada November ini. Berkongsi mengenai drama Sekali Lagi Cinta Kembali, A Aida bersyukur karya itu menjadi sebutan dan ‘trending’ di media sosial. Sumber, harian metro
Untung la A Aida ada peminat misteri. “Allahuakbar, ingat tahun ini peminat misteri dah tak hantar bunga sempena hari jadi, rupa-rupanya baru hantar dan sampai kini tidak tahu siapa pengirimnya. Siapakah pengirimnya? Jodoh saya ka? Marilah masuk meminang.” Demikian kongsi penerbit terkenal Datuk A Aida yang sekali lagi menerima jambangan bunga daripada lelaki misteri sempena hari jadi buat kali keempat berturut-turut selama empat tahun. A Aida, 52, berkata, kiriman itu daripada individu sama berdasarkan ucapan ditulis dan bau pada bunga yang dihantar.
Katanya “Ini tahun keempat saya mendapat kiriman bunga daripada lelaki misteri ini. Setiap kali dapat bunga yang dihantar, kad ucapan disertakan tidak ada nama. Hanya ucapan sempena hari jadi. Bunga pula memang semerbak baunya. “Saya ingatkan tahun ini tidak ada, sebab hari jadi saya sudah lama pada 20 April lalu. Terfikir juga mungkin dia ke luar negara atau dia sudah ada orang lain dan tak perlu hantar bunga dah. Tapi tidak jangka pula bangun pagi tadi ada kiriman bunga ini. “Kalau namanya misteri, memang misteri betul. Apa pun, saya tetap berterima kasih atas usaha dan ingatan itu. Cumanya, kalau saya dapat tahu siapa gerangan si pengirim lagi bagus,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut A Aida, selepas bercerai dengan seorang pelakon pada 2019, dia masih belum terbuka untuk kembali berumah tangga. “Ada saja yang nak berkawan dan berkenalan. Dari dulu pun saya jenis yang memang suka berkawan. Tapi itulah, nak ke fasa yang lebih serius mungkin belum masanya lagi. Lagi pula, pada usia sebegini, lebih baik baik saya fokus pada kehidupan sendiri, anak-anak, kerjaya dan perniagaan. “Semua komitmen yang ada sekarang ini sudah cukup membuatkan hidup saya sibuk. Cuma, saya tidak mahu cakap besar. Soal jodoh ini semuanya ketentuan Allah SWT. Apa pun, saya bahagia dengan apa dilakukan sekarang,” katanya. Sumber, harian metro