Usia dah mencecah 50 lebih tapi nampak masih muda, sekali wanita ini bongkarkan pengalaman solek Maria Farida

Umurnya sudah mencecah 53 tahun. Tetapi raut wajahnya seperti tidak dimamah usia. Begitulah deskripsi yang tepat menggambarkan pelakon cantik Datin Maria Farida. Setiap kali dirinya muncul di layar kaca, pasti ada antara warganet yang terpegun dengan penampilannya yang sentiasa muda. Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik oleh usahawan selebriti Datuk Sri Vida, ramai antara warganet yang memuji kecantikan serta penampilan Maria Farida. Tidak kurang ada juga yang membandingkan dirinya yang lebih berusia daripada Vida tetapi kelihatan lebih muda. “Maria Farida tua lima tahun daripada Datuk Sri Vida. Tapi nampak macam kakak adik versi awet muda. Ala lewat 30-an gitu depa berdua.

“Maria lagi tua daripada Datuk Vida. Tapi tengoklah tu, kalah anak dara.” Selain itu, menerusi ruangan komen di Instagram, ada juga yang bertanya jika Maria Farida ada memakai bengkung, memandangkan pinggangnya yang langsing dan ramping. Jawab tuan empunya badan: “Tidak, saya tidak perlukannya. Pinggang saya berukuran 24 inci,” kongsinya. Dalam pada itu, seorang jurusolek turut berkongsi pengalaman ketika pernah menata rias wajah pelakon itu. “Saya pernah make-up Datin Maria Farida di rumahnya dua tahun lepas. Kulit dia memang cantik, tak ada satu pun garisan tua. Cekang orang kata. Dan kulit dia tak perlu pakai foundation. “Bila pakai foundation nampak sikit kering even guna liquid. Jadi Datin Maria memang tak suka pakai foundation pun. “Tapi body, kulit semua macam anak dara. Memang segak lah orang kata, kalah kita yang muda,” tulis jurusolek berkenaan.

Komen warganet:

Apa Pendapat Anda. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, gempak.com. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.