Sebelum ini Penyanyi Ombak Rindu, Adira Suhaimi selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.5 kilogram menerusi kaedah operasi. Menerusi Instagram, Adira memuat naik separuh wajah bayinya dengan meluahkan kesyukuran atas kelahiran cahaya mata keempat, dua jam lalu. Katanya, dia dan bayinya berada dalam keadaan sihat dan berada di sebuah hospital swasta.
Alhamdulillah, operasi berjalan lancar. Namun, saya dalam keadaan mamai akibat kesan bius operasi. Saya dan bayi berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Mujurlah, ibu saya berada di Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan saya dan anak-anak. “Terima kasih atas doa semua. Kini, saya ingin fokus pada berpantang sahaja,” katanya.
Ayub Nama Anak Keempat
Penyanyi Adira memuat naik video sedang menyusukan anak lelakinya yang baru sahaja dilahirkan pada 29 September lalu. Apa yang menarik, Adira secara tak langsung turut berkongsi kepada peminat nama anak bongsunya itu. “Botol susu favourite Ayub ni, dah la design cantik, extrasoft dan large n.ipple close to mummy. Botol pun boleh guna sampai besar sebab boleh jadi botol air. Thank you heorshemalaysia,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen. Serentak dengan itu, para peminat menitipkan dedikasi indah selain memuji kecomelan permata hatinya itu. Terdahulu, Adira berhasrat tutup kilang selepas kelahiran cahaya mata keempat.
Selain itu, kehamilan ini juga membuktikan perkahwinannya bersama ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu di S.ongkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 masih utuh, biarpun rumah tangga mereka dilaporkan ber.antakan. Hasil perkongsian hidup, Adira dan Adnan dikurniakan tiga cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3. Kredit, BH/IG. Sumber, Online Malaya
Lama Menyepi Sekali Dr Amaliina Dedah Dah Selamat Bersalin Dekat UK, Rupanya Ini Nama Anak Sulung Dia
Pakar operasi kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada minggu lalu di Hospital St. Thomas, United Kingdom. Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Dr. Amalina menerusi entri terkini di laman Instagram. “Kami berbesar hati untuk memperkenalkan kepada anda semua puteri cantik kami, Arabella Mia yang dilahirkan pada minggu lalu di St. Thomas’ Hospital,” tulisnya. Menerusi hantaran yang sama, Dr. Amalina turut berkongsi wajah puterinya itu selain turut mengumumkan dia dan suami telah bersepakat untuk menamakannya, Arabella Mia. Katanya lagi, kehadiran anak sulungnya ini bakal menambahkan lagi seri dan kegembiraan didalam keluarganya. “Kami amat menyayanginya dan akan menikmati setiap momen-momen indah bersama penyeri hidup kami ini. “Kami sangat teruja untuk melihat apa yang telah ditetapkan pada masa hadapan. Alhamdulillah, sayang semua,” kongsinya lagi. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa turuja selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Dr. Amalina dan suami. Sekadar informasi, Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.