Memang tak asing lagi semua dengan pasangan ini. Pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin menyambut ulang tahun perkahwinan ke enam mereka pada 11 November lalu. Sempena meraikan ulang tahun itu, Amyra atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati, 31, menitipkan ucapan istimewa yang menyentuh hati buat suaminya.
Menerusi satu muat naik di Instagram, pelakon Jangan Menangis Cinta itu memberitahu dia bersyukur kerana memiliki Amar sebagai pasangan selain mengimpikan untuk hidup bersama selamanya hingga ke Jannah. “Saya sangat bersyukur memiliki awak dan berada di sisi lelaki yang paling hebat di dunia.
Katanya lagi “Hari ini kita sambut ulang tahun perkahwinan yang ke enam dan saya berdoa untuk hidup bersama awak sebanyak 10000000000000 tahun hingga Jannah kerana awak lah cinta sejati saya, sahabat saya dan teman jiwa saya,” kongsinya.
Dalam pada itu, Amyra turut berkongsi sepotong video pendek mereka berdua buat tontonan umum. Sementara itu, menerusi kemas kini di Instagram Amar pula, dia juga tidak terlepas untuk minitipkan ucapan istimewa buat isterinya.
Jelas Amar, sepanjang enam tahun mereka mendirikan rumah tangga, telah banyak perkara telah dilalui bersama selain bersyukur memiliki Amyra sebagai isteri. “Enam tahun bersama dan masih kuat! Kita telah melalui segalanya bersama. Awak adalah bahagian terbaik dalam hidup saya.
Luahnya lagi, “Awak adalah benar-benar isteri terhebat lebih daripada apa yang saya bayangkan. Saya benar-benar bersyukur mempunyai awak,” kongsinya pada kapsyen. Untuk info, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 10, dan Ayra Aryssa, 7. Sumber, gempak