Bodyflasshh menerusi syarikat AAG Global Resources tampil memilih dua selebriti terkenal iaitu Adira Suhaimi dan Puteri Sarah Liyana sebagai wajah wakilan terhadap produk keluaran mereka. Pengasasnya, Puan Azlin Hilda Abdul Latif berkata, selain kredibiliti baik yang ditonjolkan mereka, dua bintang berkenaan dilihat sebagai pilihan tepat berdasarkan target sasaran pengguna.
“Adira kami pilih mewakili Bodyflasshh Drinks & Detoks kerana secara kebetulan, dia baru sahaja lepas bersalin. Jadi secara tak langsung, kita boleh melihat perubahan Adira selepas bersalin. Bodyflasshh Drinks & Detoks mampu mengawal selera makan.”
“Sementara Puteri Sarah pula khusus untuk Bodyflasshh Queen yang turut mempunyai pencuci dan minuman khas wanita. Bukan ambilnya kerana kontroversi, sebaliknya bila kita melihatkan situasi dirinya sebagai isteri dan ibu yang kuat mencari rezeki. Pada masa sama, perlu uruskan anak-anak dan sebagainya. Jadi sudah tentu ia memerlukan stamina dan tenaga. Lagi pula ini adalah produk khusus untuk wanita. Pemilihan yang tetap dan syukur setakat ini mereka memberikan kerjasama yang baik,” katanya.
Dalam pada itu, Azlin menambah jenama ini akan diluaskan pasarannya ke Indonesia mulai tahun hadapan. Ia sebagai inisiatif syarikat untuk meluaskan rangkaian dan penguasaan pasarannya ke pasaran antarabangsa memandangkan negara jiran itu memiliki faktor bersesuaian dalam misi pengembangan syarikat untuk jangka panjang.
“Untuk pasaran domestik, kami juga mengunjurkan jualan berganda pada tahun depan ekoran keyakinan kukuh pelanggan sedia ada terhadap Bodyflasshh sejak ia mula dilancarkan dua tahun lalu. Kejayaan memasarkan produk dalam tempoh pandemik memberi rezeki kepada syarikat kerana ia tepat pada waktunya membantu pelanggan yang lebih banyak menghabis masa di rumah dapat membantu mereka mengawal berat badan,” katanya.
Azlin ditemui ketika majlis anjuran Bodyflasshh di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur, baru-baru ini yang turut menyaksikan perlantikan dua figuran tersebut sebagai wajah wakilan. Buat masa sekarang, syarikat memasarkan dua produk utamanya iaitu Bodyflasshh Queen dan Bodyflasshh Drink yang dijual pada harga antara RM69 hingga RM89 sekotak melalui pemasaran secara online dan juga melalui ejen dan stokis di seluruh negara. BodyFlasshh Drinks yang menawarkan tiga perisa iaitu chocolat58 tahun ke atas bagi membantu mengawal berat badan.
“Pengambilan secara sihat dengan mengamalkan minum lapan gelas air suam sehari dan menghentikan minuman bergas serta mengamalkan konsep makanan suku suku separuh bakal mempercepatkan lagi proses mendapatkan berat badan yang ideal mengikut kesesuaian faktor umur dan tahap kesihatan. Bagaimanapun ia tidak bersesuaian untuk ibu yang sedang hamil, mereka yang mempunyai penyakit jantung serta darah tinggi kronik,” katanya lagi. Sumber, Media Hiburan