Sambil tersenyum manis apabila diajukan soalan mengenai jodoh. Era Fazira tenang menjelaskan satu persatu pertanyaan para wartawan mengenai hal jodohnya yang sentiasa mendapat perhatian daripada peminatnya. Tidak jemu mata memandang aktres jelita ini. Raut wajah bujur sireh manis bertudung litup serta tutur kata yang sopan membuatkan dirinya punya aura tersendiri. Pesona yang dimiliki oleh pelakon jelita ini, Fazira binti Wan Chek atau dikenali sebagai Erra Fazira sungguh istimewa. Mempunyai sepasang mata yang menawan serta susuk tubuh yang tinggi, langsing dan fotogenik, bekas ratu cantik Malaysia sentiasa manis dipandang mata tabah meneruskan kehidupannya. Dia kini hidup bahagia bersama anak perempuan tunggalnya.
Soal jodoh, ajl, pemergian dan rezeki bukan dalam genggaman tangan kita. Semuanya dalam genggaman yang Maha Pencipta. Ia telah tertulis sejak azali lagi atau sering kita baca telah tersurat di loh Mahfuz. Siapa kita untuk menidakkannya dengan kuasa dan izin-Nya. Erra ketika ditemui pada sidang media Showcase Awie Romantika pada penghujung bulan lalu berkata, jika jodoh itu membuatkan hidup tidak tenang lebih baik menjalani kehidupan sendirian. Namun ini tidak bermakna dia gembira dengan kehidupannya sekarang. Tetapi jauh disudut hatinya dia redha dengan ketentuan Ilahi buatnya.
Dalam pada itu, apabila diajurkan soalan mengenai memiliki wajah rupawan menjadi aset untuk membuatkan ramai yang ingin mendekatinya. Namun dakwaan itu disangkal dengan penuh makna oleh pelakon filem Pasrah berusia 48 tahun. Dengan spontan Erra menjelaskan bahawa ia dakwaan itu adalah mitos sambil tersenyum manis. “Bagi saya itu tak relevan. Oleh kerana artislah, ada yang takut nak approach.” Katanya lagi, jika dirinya bukan artis bekerja dengan membuat andaian sebagai guru atau kerja pejabat mungkin ada yang berani melamarnya.
“Saya dari dulu peka dengan hal ini. Nama saya dikenali dalam industri ini. Pada mereka, artis ini high maintenance, high profile. Orang biasa-biasa tak layak untuk approach. Saya hadapi masalah itu. Namun katanya ada pro dan kontra apabila dikenali ramai. Katanya sebagai orang yang dikenali ramai dia juga perlu berhati-hati dalam memilih siapa yang ingin mendekatinya. Sudah lali dengan pelbagai gossip mengenai jodoh dirinya, membuatkan pelakon jolokan Primadona Filem Melayu ini, tidak mudah melatah apabila terpali dengan dakwaan yang sedap didengar termasuk menjadi isteri kedua.
Baginya sukar untuk menghentikan dakwaan sedemikian lantaran penggunaan media sosial. “Saya tidak boleh menghalang tapi jika ia memberi kesan kena buat sesuatu. Tetapi jika ia tidak memberi kesan, saya tak kisah nak cakap apapun. Saya rasa yang perlu berubah adalah orang itu. Mengenai jodohnya, Erra berharap para peminatnya mendoakan yang terbaik buat dirinya. “Saya hanya nak minta doa. Apa jua jodoh, siapa jodoh dan apa juga status, doakan terbaik buat Era. “Tak ada masalah untuk Era nak kahwin. Tak nak kahwin ker. Saya bukan kanak-kanak ‘rebina’ atau remaja yang baru nak mulakan kehidupan.
“Saya dah ada kehidupan. Cuma sekarang ni nak teruskan macam mana. Doakan yang terbaik buat saya,” ujarnya mengukir senyuman manis. Untuk makluman, Erra dengan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun. Pasangan itu bagaimanapun, menoktahkan pernikahan mereka pada 18 Februari 2014. Sebelum itu, Erra dan Yusry sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, pelakon, dan pengarah filem, Yusry Abdul Halim pada tahun 2003 namun berpisah tiga tahun kemudian.
Sumber: mStar Online & Instagram errafazira. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.